Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 Ogos 2017

Duduk Bersila Dengan Najib, Ini Penjelasan YDP PAS Permatang Pauh.

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH*
17 Ogos 2017 | 24 Zulkaedah 1438*
Kehadiran YDP Pas Permatang Pauh Bersama PM Di Politeknik Permatang Pauh.
1) Berhubung kehadiran Tn Hj Omar Bin Hasan,Yang Di Pertua Pas Permatang Pauh didalam majlis bersama Perdana Menteri yang ditular oleh musuh-musuh politik Pas pada hari ini,menyerlahkan ketidak matangan mereka didalam berpolitik.
2)Kehadiran beliau ke majlis tersebut dijemput secara rasmi oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan beliau sebagai Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya dipilih untuk mewakili Pengerusi di 28 buah masjid yang lain di dalam Parlimen Permatang Pauh untuk menerima sumbangan berupa komputer riba dan kewangan untuk kegunaan pentadbiran masjid.
3)Peluang ini juga diambil kesempatan oleh beliau meyuarakan permasaalahan umat islam dan orang melayu di Pulau Pinang kepada Perdana Menteri.
4)Kehadiran beliau ke majlis tersebut telah pun dimaklumkan terlebih dahulu kepada AJK Pas Permatang Pauh,dan telah dipersetujui oleh semua AJK Dewan Harian.
5)Beliau juga sebelum ini pernah hadir didalam beberapa program kerajaan negeri atas kepasiti beliau sebagai Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya,dan ini tidak menjadi isu bagi Pas kerana memahami kedudukan beliau sebagai Pengerusi Masjid yang mewakili anak kariah di Seberang Jaya yang bermacam fahaman politik.
6)Pas yang mengambil sikap Budaya Politik Matang Dan Sejahtera melihat isu ini sebagai politik terdesak musuh-musuh PAS yang semakin gerun dengan Politik Matang Dan Sejahtera.
7)Pas Permatang Pauh kekal konsisten untuk menentang segala kerosakan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno,Barisan Nasional dan juga kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP,Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum yang ke 14 nanti.
8) Berpolitik lah secara matang dan bukan budaya politik fitnah yang menjuruskan diri kelembah kebinasaan.
9) Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. (Al-Quran: Surah Al-Anfal – Ayat 73).
Jamsari Samad
Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh
"Sejahtera Bersama Islam"
*#PasTawanPermatangPauh.*

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...