Jumaat, 11 Ogos 2017

Dah Kantoi Fitnah Akta 164, Pandai Ke Orang PAS Nak Minta Maaf?

Baca dulu kandungan usul, bukannya fitnah melulu sampai habis dipertikaikan keislaman orang lain. Inilah sebenarnya perangai sesetengah pemimpin PAS yang dibenci masyarakat sejak zaman berzaman. Buat orang meluat. Suka bayangkan macam dia je terer Islam. Orang yang berbeza dari dia semuanya bodoh agama. Kononnya dia je yang bela Islam, benteng terakhir la katakan. 😂😂😂

Sejak semalam juga, ramai penyokong PAS mempertikaikan dan mempersoalkan akidah pemimpin dan penyokong pembangkang yang kononnya tergadai dek sokong pindaan akta 164.

Penulis hanya mampu mengeluh di dalam hati sahaja. Begitu taksubnya mereka menjatuhkan hukuman mungkin gara-gara terpengaruh dengan tuduhan karut yang disebarkan oleh Harakah pada semalam. Untuk rekod artikel asal telah dipinda tapi kami punya rekod Google. Artikel inilah yang menimbulkan polemik sampai akidah orang pun dipertikaikan oleh penyokong parti agama. 

👇👇👇👇👇


Apa yang dibimbangkan adalah, RUU 164 membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini. Antara bahaya yang bakal menjelma hasil dari RUU 164 ini adalah seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Selain itu, RUU 164 ini memperuntukkan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
Antara lain, hak umat Islam yang terlucut hasil dari RUU 164 ini ialah seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. Bahkan orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

Rujukan penulis : https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:O9C97cFH_mIJ:www.harakahdaily.net/index.php/arkib/2446-ruu-164-tragedi-malang-buat-umat-islam-negara-ini+&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=sg

Sebaran karut ini jelas membuktikan ;

1. Pemimpin PAS yang dimaksudkan tidak meneliti pun pindaan yang dicadangkan, sebaliknya menulis tanpa fakta bahkan menyelitkan perasaan benci kepada 'bukan muslim' secara tidak langsungnya. 

2. Wakil rakyat PAS gagal memberikan penjelasan kepada rakan-rakan separti mereka berhubung dengan usul pindaan yang sedang dicadangkan / dibahaskan dalam dewan. 

3. Mungkin juga tak pernah bincang dan kaji usul tersebut secara menyeluruh, hanya bantah ikut emosi. 

4. Agaknya mungkin itu la sampai sekarang usul RUU355 ditangguh-tangguhkan. Mereka takde struktur hukuman yang jelas kot. Sudahla langsung tak pertikaikan kenapa ia ditangguhkan sekali lagi pada hari terakhir sidang. Pelik betul.

Selepas netizens kecoh-kecoh dengan artikel yang mislead, pemimpin yang dimaksudkan tulis satu lagi artikel yang baru, bagi menggantikan artikel pertama yang jelas-jelasnya fitnah. 

👇👇👇👇👇



Mengekalkan tajuk yang sama tetapi mengubah hampir kebanyakan isi kandungan artikel asal sampai takde point nak tunjukkan kenapa umat Islam patut berasa marah atas pindaan tersebut. 

Entah berapa banyaklah maklumat disebarkan tanpa usul periksa oleh pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti agama sehingga mendorong kebencian melampau penyokong terhadap pihak tertentu walaupun kebencian tu sebenarnya langsung tidak wajar. 

Penulis masih ingat. Betapa ramai yang sebarkan artikel pertama Ustaz Ridzuan di samping dengan tuduhan karut marut ke atas penyokong pembangkang. Kononnya pembangkang telah mengabaikan tuntutan agama. PAS la satu-satunya benteng akhir bagi membela umat. Phuiii la. Maafla kerana terpaksa meludah kerana tuduhan penyokong-penyokong PAS di laman sosial termasuklah di aplikasi WhatsApp semalam terlalu karut. Apabila penulis bertindak membetulkan pemahaman mereka yang salah itu, mereka bukan sahaja enggan terima bahkan semakin menjadi-jadi tohmahan tersebut disebarkan seluasnya. 

Biar la logik sikit. Akta 164 ini melibatkan perkahwinan sivil. Bila pula hukum nikah kahwin umat Islam rujuk 164 sampai anak-anak yang lahir dari keluarga Islam tak mengharuskan anuti Islam? Yang maki DAP dan kutuk non muslim pun bersepah-sepah. Orang parti agama neh reti ke nak minta maaf? Atau nak bagi alasan DRAF????? 

👇👇




Draff? Siap masuk Harakah lagi. Itu draf ye? 

Komen-komen yang menghina, menghukum, menyalahkan dan mempertikaikan keislaman dan akidah orang lain tu macam mana kira? Draf juga ke apa? 

Langsung tak pernah salah kan? Sampai ke mati tak akan mengaku silap kan? Perangai macam neh, sampai masuk kubur pun kekal la jadi pembangang eh silap, pembangkang. 

Sementara itu di satu sudut yang gelap, tangan-tangan tersembunyi sedang tersenyum. 

Cerdikkkkk. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...