Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 13 Ogos 2017

Baling Mercun, Kerusi, Kasut, Penonton Mengamuk - Gambar2 Dan Video Kekecohan Program Nothing To Hide 2.0.

Mahathir dan PPBM diserang!

Itulah gambaran awal yang boleh diberikan berikutan kekecohan yang melanda program Nothing To Hide 2.0 siang tadi yang berlangsung di Shah Alam.

Dilaporkan kekecohan mula tercetus ketika Mahathir sedang menjawab pertanyaan yang diajukan kepada beliau mengenai peristiwa Memali. Ketika sedang menjawab soalan, secara tiba-tibanya kasut dilemparkan ke arah Mahathir bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya menepis lemparan tersebut namun beberapa individu bangun dan mula melakukan kekecohan seperti membaling kerusi, membuat bising, menjerit, membakar mercun dan tolak menolak sesama sendiri.

Kejadian itu menyebabkan program berkenaan terpaksa dihentikan. Seorang suspek yang dipercayai dalang kepada kekecohan turut ditahan, suspek itu juga dilaporkan memakai baju BERSATU.

Penonton yang hadir juga dilaporkan ada yang tercedera dalam kejadian itu.



Berikut gambar-gambar dan video-video kejadian;










Rakaman video;












Gambar : Malaysiakini, Twitter
Video : Netizens, WhatsApp

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...