Selasa, 22 Ogos 2017

'Amanat Hadi' Punca Terjadinya Peristiwa Memali Dakwa Bekas Ketua Polis Negara.

SIASATAN oleh Suruhanjaya Diraja (RCI) terhadap peristiwa Memali yang berlaku 32 tahun lalu hanya akan mendedahkan peranan presiden PAS sebagai punca tragedi berdarah itu, kata bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor lapor portal The Malaysian Insight

Rahim menarik perhatian kepada ucapan Hadi dalam sebuah ceramah pada 1981 yang mempengaruhi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sehingga terjebak melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Ucapan itu terkenal dengan gelaran "Amanat Hadi". 

Parti PAS
Google - TG Hadi Awang
“Sekiranya RCI diadakan, tidak dapat dielakkan hakikat tentang peranan Hadi melalui 'Amanat Hadi' sehingga berlakunya tragedi berdarah Memali,” kata Rahim wartawan portal itu.

'Amanat Hadi' merupakan petikan ucapan presiden PAS itu dalam ceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dipegang ahli PAS di seluruh negara pada ketika itu. 

Ucapan itu dianggap titik penting dalam politik orang Melayu pada dekad 1980-an yang menyaksikan perpecahan terburuk orang Melayu sehingga melibatkan tuduhan kafir-mengkafir, sembahyang dua imam dan pulau-memulau dalam kegiatan masyarakat termasuk urusan jenazah. 

Tragedi Memali
Google - Tan Sri Rahim Noor
“Ada dua elemen penting dalam 'Amanat Hadi' ini. Pertama, dia kata orang-orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi, Nasrani untuk menjadi kafir, cukup dengan mengamalkan politik suku, agama suku, mereka sudah menjadi kafir. 

“Kedua, dia kata perjuangan yang dilakukan mereka adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid,” kata Rahim. 

Ketua polis negara antara 1994 dan 1999 itu menambah "Amanat Hadi" disebarkan PAS menerusi sayap Pemuda parti Islam itu sehingga menjadi buah mulut di seluruh negara. 

“Akhirnya benda ni pun sampailah ke Ibrahim Libya. Dia pernah belajar agama di Libya dan sebab itu digelar Ibrahim Libya. “Ibrahim merupakan seorang pengikut PAS tegar dan aktif. 

Dia betul-betul taksub dengan 'Amanat Hadi', ” kata Rahim yang ketika peristiwa Memali merupakan ketua polis Selangor. 

Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang bersedia menubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi berdarah Memali yang berlaku pada tahun 1985.

Sebelum itu PAS menggesa agar kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat kembali kejadian berkenaan selepas terjadinya kekecohan Nothing To Hide 2.0 akibat penonton forum bertanyakan soalan mengenai Memali.

Selain menggesa penubuhan RCI, PAS juga bercadang mahu membela nasib mangsa Memali dan membawa waris keluarga bertemu dengan Zahid di Putrajaya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...