Rabu, 5 Julai 2017

Surat Terbuka Kepada Ketua Perisikan Tentera, Angkatan Tentera Malaysia.

Surat terbuka kepada Ketua Perisikan Tentera, Angkatan Tentera Malaysia.
Asalamualaikum.
Berapa hari yang lalu, kami telah dikejutkan dengan satu pendedahan dimedia sosial bahawa kamu pada 8 April 2013 telah menerima sekeping cek peribadi Perdana Menteri bernilai RM7 juta. Jika dilihat tarikh cek tersebut, ianya dikeluarkan satu bulan sebelum tarikh PRU 13 yang telah berlangsung pada 5 Mei 2013. Lantas, timbul berbagai andaian, dan satunya adalah bahawa wang tersebut berkemungkinan bagi menentukan kemenangan PRU 13 berpihak pada kerajaan UMNO/BN.
Gambar - Kelab Chedet
Jika benar kamu TIDAK menerima cek peribadi dari Perdana Menteri seperti yang telah ditularkan dalam beberapa media sosial, mahukah kamu buat satu kenyataan terbuka menafikan tidak menerima cek tersebut? Jika kamu berdiam diri dan enggan membuat kenyataan terbuka, maka tidak salah bagi kami, terutama dikalangan veteran tentera dan rakyat jelata menerima pendedahan itu sebagai benar; justeru, dengan itu boleh sesiapa saja membuat bebagai andaian yang dikuatir boleh menjejas kedudukan dan nama baik kamu sebagai Ketua Pengarah Perisikan Tentera?
Kami maklum bahawa Bahagian Perisikan Tentera ada menerima satu peruntukan khas dari kerajaan bagi melaksanakan tugas resmi yang bersangkutan dengan perisikan dan keselamatan negara. Oleh kerana itu satu peruntukan kerajaan (wang rakyat) audah tentunya segala perbelanjaan akan mengikuti prraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan atau jabatan perisikan. Tidak mungkin wang peruntukan tersebut boleh dibelanjakan untuk tujuan lain; umpama membeli barang-barang kemas untuk isteri pegawai tinggi atau perbelanjaan untuk berfoya foya bagi pihak-pihak tertentu.
Jika benar kamu telah menerima cek peribadi dari Perdana Menteri bernilai RM7 juta sebülan sebelum PRU13, tidakkah kamu sebagai saorang pegawai risik tentera yang terlatih, berpengalaman, bermoral, bertanggungjawab pada Raja dan Negara serta berekitka tinggi, terlintas dihati kamu bagi menyoal apakah tujuan sebenar cek peribadi itu diberikan? tidakkah kamu tefikir bahawa pemberian cek peribadi sebegitu besar adalah luar biasa dan mungkin belum pernah berlaku sejak penubuhan Kor Risik DiRaja pada 7 November 1969?
Oleh kerana cek tersebut dari akaun peribadi Perdana Menteri, maka tidak kah terfikir bahawa wang jumlah sebesar itu akan terdedah kepada salahguna oleh kamu dan pegawai pegawai kamu? Tidakkah kamu mahu menyoal dari mana pula datang wang sebesar itu yang berada dalam akaun peribadi Perdana Menteri? dan jika benar wang tersebut digunakan untuk memenagi UMNO/BN pada PRU13 lalu, maka tidakkah kamu rasa bersalah kerana terlibat secara langsung dengan politik dan berpihak dengan sebuah parti politik? Dengan wang yang sebegitu besar, sudah tentu salah satu cara memenangi hati pengundi berpihak pada parti politik tertentu adalah dengan sogokkan wang dan bukankah ini satu perbuatan yang salah lagi hina? sekiranya sogokkan wang dilakukan bagi pihak parti politik berkenaan, maka sudah tentunya kamu telah melakukan satu perbuatan jenayah dan haram. Adakah kamu sekarang sanggup hidup dengan stigma bahawa bahawa kamu telah bersokongkol dengan perasuah?
Jika benar andaian kami bahawa salah satu kegunaan wang tersebut adalah untuk sogokkan, maka kami desak kamu untuk memohon maaf dan insaf diatas perbuatan kamu itu. Jangan hendaknya perbuatan kamu itu meletakkan Angkatan Tentera ketahap yang hina dan terdedah pada cacian rakyat.
Ingatkah kamu akan ikrar taat setia yang kamu lafazkan ketika kamu ditauliahkan, iaitu Taat Setia yang tidak berbelah bagi pada Raja dan Negara, dan sanggup mempertarungkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara? Tidak pula terdapat dalam lafaz taat setia itu bahawa kamu akan mempertarungkan nyawa untuk mempertahankan mana mana parti politik semasa PRU. Atau' adakah lafaz Taat Setia perajurit sekarang sudah berubah?
Bagi mengekalkan nama baik Angkatan Tentera sentiasa disanjung oleh rakyat, terutama sekali nama baik Kor risik diraja, kami syorkan bahwa kamu berhadapan dengan isu ini yang sudah dalam pengetahuan rakyat, dan berani membuat satu kenyataan penafian, jika benar kamu tdak menerima wang 'sogokkan' yañg luar biasa itu dari Perdana Menteri pada 8 April 2013 uñtuk memenangi sebuah parti politik dalam PRU13 lalu.
Berani kerana benar, takut kerana bersalah.
3-7-17
Brig Jen Dato' Mohamad Arshad Raji (B)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...