Channel Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia PRU14

Khamis, 13 Julai 2017

Rakyat Tak Bertanah Mohon Tak Lulus Tiba-Tiba Tanah Jadi Hak Milik Saudara Seorang Adun Kelantan..

HUSAM "TERSEBUT" ISU TANAH PANTAI SENAK BACHOK, TIBA-TIBA KETUA ULAMA PAS KELANTAN TERUS DIAM KELU TAK TERKATA
Semasa Husam Musa bersabung mulut dengan Zulkifli Mamat dalam Dun Kelantan semalam beliau juga tersasul membangkitkan soal tanah di Pantai Senak Bachok. Menurutnya tanah itu telah dipohon oleh rakyat tidak bertanah dan sudah pun bayar deposit kepada Pejabat Tanah dan Jajahan.
Dalam rakyat menanti kelulusan permohonan mereka tiba-tiba tanah yang dipohon itu telah diluluskan kepada sanak saudara dan anggota kepada salah seorang Adun dalam kawasan Bachok. Adun itu juga merupakan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan.
Masakan ulama juga buat benda-benda mengarut? Bukankah mengambil hak orang itu dosa dan khianat. Malang sungguh kalau apa yang tersebut oleh Husam itu adalah satu kebenaran bukan gurauan.
Kenyataannya selepas Husam tersasul begitu Adun itu yang galak menyongkitnya terus diam. Jadi soal rebut tanah dan makan tanah ini bukan sahaja di kalangan bekas-bekas wakil rakyat Pas di Kelantan, (rujuk ke kes tanah di lebuh raya Rantau Panjang - Pasir Mas di Lubuk Jong), tetapi ia juga berlaku di kalangan wakil rakyat yang sedang berkhidmat sekarang.
Mengenai hal-hal ambil tanah kerajaan dan keviat tanah orang ini mungkin Tuan Speaker Dun Kelantan Abdullah Yakob juga ada maklumat mengenainya. Trims.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...