Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Julai 2017

Rakyat Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan - Nazri Aziz.

PUTRAJAYA hari ini mengumumkan untuk hanya mengenakan cukai pelancongan bagi penginapan hotel kepada pelancong asing dengan caj sebanyak RM10 untuk satu bilik. 

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz berkata rakyat Malaysia akan dikecualikan daripada cukai ini lapor The Malaysian Insight.

"Rakyat Malaysia akan dikecualikan daripada cukai pelancongan. Ia hanya akan dikenakan ke atas pelancong asing," kata Nazri, memetik laporan itu.  

"Ia juga tidak akan dikenakan ke atas penginapan yang mempunyai kurang daripada lima bilik," katanya lagi.


Turut dilaporkan, kesemua homestay yang berdaftar dengan Tourism Malaysia juga mendapat pengecualian yang sama. Pelaksanaan cukai itu akan diuruskan oleh Jabatan Kastam kerana jabatan itu menyarankan agar kadar cukai ini diselaraskan, kata Nazri. 

Cukai pelancongan telah diluluskan di Parlimen pada sesi yang lepas dan diwartakan pada 21 Jun. Ikut perancangan ia sepatutnya dilaksanakan pada 1 Ogos tetapi ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada Sabah dan Sarawak. Satu tarikh baru akan diumumkan Perdana Menteri Najib Razak kelak.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...