Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Julai 2017

Mereka (Armada) Minum Kopi Yahudi, Kita (UMNO) Minum Kopi Melayu - Armand.

"Tadi saya dimaklumkan mereka tadi berbincang di Starbucks, minum pun kopi yahudi, kita minum kat kedai mamak, kita minum kat kedai melayu, depa minum kat Starbucks kedai yahudi, tak apa, itu memang tempat mereka duit depa, tak apa," kata Armand, Exco Pemuda UMNO dalam satu rakaman video yang tular di laman sosial sejak 25 Julai lepas.


Rakaman itu sebenarnya dipetik dari aksi protes yang dilakukan oleh kira-kira 100 orang pemuda UMNO di hadapan PWTC bagi menghalang 30 wakil pemuda Armada dari menghantar surat jemputan kepada Presiden UMNO, Najib Razak untuk menghadiri satu program bertajuk Nothing to Hide 2.0.

Program Nothing To Hide 2.0 adalah sindiran Mahathir terhadap Najib, bagi menjemput Najib berdebat secara berdepan mengenai isu-isu yang terkait dengan intergriti beliau terutamanya membabitkan isu 1MDB dan skandal derma 2.6b.



Bagaimanapun wakil dari Armada itu tidak disambut positif dari pemuda UMNO. Wakil Armada dihalang dari memasuki premis meskipun sekadar bertujuan menghantar surat undangan ke forum.

Perkara itu akhirnya mencetuskan kekecohan di antara kedua-dua kumpulan apabila mereka bergelut sesama sendiri di hadapan bangunan PWTC. Polis bagaimanapun berjaya menyelamatkan keadaan. 

Dalam pada itu, Exco Pemuda Armada Pusat, Ashraf Mustaqim turut mendakwa telah ditumbuk oleh Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand. Bagaimanapun setakat ini tiada rakaman yang tersebar yang menunjukkan aksi tersebut di media sosial.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...