Khamis, 13 Julai 2017

Mahu Sebar Agama Baru, Ini Penjelasan Syed Azmi.

Oleh : Syed Azmi Alhabshi
Assalamualaikum semua, 
Post Fitnah Yang Tersebar
Saya Syed Azmi Alhabshi. Saya merupakan penganjur program "I Want To Touch A Dog" 2 tahun yang lalu. Program tersebut dijalankan satu kali sahaja sesuai dengan kebenaran dan objektif program untuk mendidik rakan-rakan kami di kawasan persekitaran Bandar Utama.
Akhir-akhir ini terdapat poster dibawah yang diviralkan di media sosial. Ramai telefon untuk meminta kepastian dan meminta saya membuktikan bahawa ia adalah palsu.
First of all the poster is not true, fitnah. I am not what is written. Saya seorang Muslim. Saya bukan seorang ustaz, saya seorang ahli farmasi.
Kalau mana pihak mintak saya buktikan, sila tanya pada mereka yang mengatakan saya sebegitu. Mintak mereka yang viralkan berita itu buktikan bahawa saya seorang ustaz atau paderi Kristian yang ingin sebarkan agama baru. Minta mereka buktikan sebab mereka yang tuduh saya sebegitu.
Secondly, poster ini mengatakan ini adalah maklumat dari Majlis Agama Islam Putrajaya. Tak wujud agensi tersebut. Jadi sahihkah berita ini? Why malukan agensi agama kita. Why? Nampak sangat tak kenal Majlis Agama yang ada.
Semenjak berita ini viral, saya terima pelbagai panggilan dan malangnya saya cuba menjawab semua tetapi makin lama semakin biadap panggilan yang diterima sehingga akhirnya saya tidak mahu lagi menjawab telefon. Malangnya dalam banyak-banyak deringan, ada satu panggilan penderaan kanak-kanak yang berlaku yang tidak saya pick up. They called so many times and lastly i received message this morning and then i know. Saya amat sesal kenapa tak jawab telefon but i couldn't explain. I was so busy thinking about my state of mind that i left one boy hospitalised.  
To the person who calls me and viral this unnecessary fitnah, i pray you do so many good deeds and akhirat besok, the boy and me will tuntut from you.
I am upset so so upset for this. Yes, you can hate me and my event, but never disturb my work to save children.
So this is my explanation. Ini semua fitnah. Entah untuk apa. Tapi kalau fitnahlah yabg memuaskan hati anda, terimalah dan may you be happy.
There is nothing to proof on my side. You should buktikan all the allegations.
Again, you better pray the boy is ok.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...