Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Julai 2017

Carbon Credit, Kelantan Akan Dapat 5 Juta Setahun? Boleh Percaya Ke Soal Husam.

Oleh : Husam Musa
Dua Kali Tahniah! Semua Perbelanjaan CP Ditanggung Hasil Jualan Serapan Karbon
Tulisan ini respon saya kepada saudara Mortazi Ismail. Tulisan dengan nama diri sebenar dan dengan cara baik, wajar diberikan respon.
Dalam buku anggaran Budget 2016 atau mungkin termasuk 2017 ( saya tidak berkesempatan menyemak) dicatitkan Kerajaan akan menerima hasil karbon trading sejumlah RM 50 juta, pada hal perjanjian belum pun ditanda tangani.
Itu dikira bercakap benar? Itu bukan mengelirukan?
Perjanjian belum tanda tangan tetapi hasil telah dicatit.
Akhirnya, wang yang dicatit tidak masuk sampai akhir tahun. Macam mana hendak masuk? Perjanjian belum ditanda tangani.
Tetapi itu tidak mengelirukan? Itu cerdik?
Kata saudara Murtazi, Kerajaan cerdik kerana menjelang 2017, Kerajaan akan mendapat RM 5 juta setahun sebelum stok karbon diaudit lagi.
Kerajaan sudah dapat wang itu?
Belum lagi. Hanya disebut oleh Dato Anuar Tan di dalam DUN.
Apa jaminan dan kepastian akan dapat? Entah dapat entah tidak.
Jika dicatit di dalam buku Budget sebanyak RM 50 juta yang perlu diundi oleh Adun untuk diluluskan, pun akhirnya hanya catitan tanpa wang, ini kan pula sebutan biasa di dalam DUN.
Tetapi itu bukan mengelirukan atau cubaan mengeliru?
Mari kita melihat apa kata perjanjian. Mengikut perjanjian, saya difahamkan ia ditulis begini:
Schedule 5 : Jadual Pembayaran
Payment derived from Carbon Trading or REDD
i. The allocation in percentage out of the annual net/gross profit will be on the ratio of 55% for the State Government while Climate Protectors entitles for 45%.
ii. ..... the aforesaid payment shall be made payable annually before or on 31st January for each year, commencing from the second year of the agreement. The payment table is as follows:-
1st payment. 31st January 2018. 55%
Jelas yang disebut di sini adalah, peratus bayaran bahagian Kerajaan sebanyak 55% , bermula tahun kedua perjanjian/commencing from the second year of the agreement.
Perjanjian termeterai Januari 2017.
Januari 2018 adalah tahun kedua perjanjian.
Kerana itu CP mesti membayar dan bayaran itu bukan bayaran menunggu kajian, tetapi bayaran sebenar seperti perjanjian!
Jangan keliru dan cuba mengelirukan.
Saudara Murtazi boleh mengelirukan orang lain, tetapi janganlah berjenaka dalam isu sebesar ini dengan Adun yang dipilih rakyat.
Saya difahamkan, tidak ada mana-mana klausa dalam perjanjian menyebut mengenai tempoh kajian 12-24 bulan.
Januari 2019, tempoh 24 bulan menjadi genap. Jika dikatakan selepas 24 bulan baru bayaran penuh akan diperolehi, kenapa Januari 2019 juga bayaran yang dikatakan akan diterima tetap RM 5 juta?
Siapa keliru siapa?
Lihat kembali apa yang dicatat di atas, 'net/gross profit'.
Maknanya apa? Setakat saya faham, maknanya semua jumlah jualan serapan karbon oleh CP terlebih dahulu perlu menolak kos atau expenses CP.
Ia selari dengan definition expenses dalam apa yang saya diberi faham kandungan perjanjian yang berbunyi:
Definitions
Expenses means all expenses of whatsoever kind or nature properly and reasonably incurred by CLIMATE PROTECTORS in the course of providing the Services, including without limitation all fees of the External Consultants, legal and accounting fees, air travel, accommodation expenses and commissions but not including any Taxes.
Orang cerdik macam Saudara Murtazi boleh faham dengan jelas apa yang dicatit di atas.
Semua perbelanjaan ditolak terlebih dahulu oleh CP dari apa jua hasil yang ia kutip. Baru diserahkan net 55% kepada kerajaan.
Pertama, siapa yang menentukan perbelanjaan itu adalah benar, wajar, telus dan lainnya?
Ini satu lagi isu.
Saya difaham, tiada ditentukan dalam perjanjian. Ia kebebasan syarikat sepenuhnya.
Apa jaminan syarikat jujur nanti?
Kedua, syarikat yang dimiliki oleh empat orang pemegang saham mendapat 45% atau terendah 40% selepas lima tahun, bersih.
Perbelanjaan operasinya ditanggung menggunakan hasil pendapatan atau apa jua jualan.
Siapa lebih beruntung? Kerajaan atau syarikat?
Apa modal dan pelaburan syarikat kalau perbelanjaan operasi program ini tertanggung sepenuhnya?
Bukankah untung percuma?
Dan itu dikatakan cerdik? Kerajaan lebih cerdik atau syarikat?
Kembali kepada kiraan YB D Anuar Tan dalam sidang DUN Belanjawan pada akhir 2016, kiraan adalah seperti berikut:
A. Setiap hektar terdapat 20 kredit karbon
B. Setiap kredit karbon boleh dijual dgn RM 25 satu kredit
C. Bermakna, setiap hektar akan memperolehi :
20 X 25 = RM 500 se hektar atau RM 202.35 se ekar.
Soalnya, dari mana Dato Anuar Tan mendapat angka ini? Pada hal, katanya kajian belum dibuat.
Bukankah ini nanti juga tidak benar? Sedang Kerajaan dan rakyat sudah menjadi Mat Jenin?
Jika angkanya sudah ada dan angka ini benar, bukan bertujuan mengelirukan, mengapa Kerajaan tidak menggunakan angka itu sahaja untuk disahkan?
Adakah ini bukan mengelirukan?
Kecuali Kerajaan pun ragu tetapi bercakap berdegar-degar utk mengelirukan rakyat.
Alhamdulillah, setakat ini saya belum keliru walau pun cuba dikelirukan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...