Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 19 Jun 2017

Selepas Dikecam, Kerajaan Batalkan Cadangan GST Untuk Sayuran Dan Buahan..

Sebelum ini China Press melaporkan yang kerajaan akan meminda lebih daripada 60 barangan makanan sifar GST kepada Barang Kena GST yang akan berkuatkuasa pelaksanaannya pada 1 Julai kelak.

Baca : Bayam, Anggur, Kopi, Teh Ada GST Mulai 1 Julai

Turut dilaporkan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy bahawanya pihak kastam akan mengadakan sidang media pada hari ini bagi menjelaskan dan menghurai lanjut tentang perubahan status GST terhadap 60 lebih barangan makanan asas itu.

Bagaimanapun menerusi satu kenyataan media yang tersebar, cadangan pindaan ke atas 60 lebih barangan makanan asas itu ditarikbalik serta-merta.

 
"Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U (A) 162 Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 dibatalkan," katanya dalam kenyataan media itu.

"Justeru itu JKDM memohon kerjasama semua pihak supaya mengambil maklum tentang perkara ini", katanya lagi dalam kenyataan itu.

Sebelum ini ketika dilaporkan kerajaan mahu menGSTkan beberapa barangan makanan berkadar sifar seperti bayam, anggur, teh, kopi, ikan, netizens memberikan respon balas dan kecaman terhadap keputusan kerajaan itu.

Namun tidak sampai 24 jam, kerajaan membuat pusingan U dengan membatalkan cadangan tersebut. Timbul persoalan di kalangan rakyat, apakah satu-satu cadangan itu tidak dikaji implikasinya ke atas rakyat sebelum diputuskan untuk dilaksanakan memandangkan kerajaan dengan sewenang-wenangnya membatalkan atau melaksanakan ia dengan begitu mudah dan cepat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...