Channel Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia PRU14

Isnin, 19 Jun 2017

Saman AJ+ Dulu, Netizens Cabar Peguam Rosmah.

Sabtu lepas, firma guaman Messrs Noor Hajrah Mohd Noor, yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor memberikan peringatan berbaur amaran kepada media sosial agar jangan menulis, melapor atau mengaitkan isteri Perdana Menteri itu terhadap mana-mana tuduhan yang tidak berasas.

Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan si pelaku bakal berdepan dengan tindakan undang-undang dari peguam Datin Seri Rosmah Mansor.

Firma guaman itu juga akan memantau dengan teliti semua tuduhan yang berlegar di laman sosial dan blog bagi tujuan tindakan undang-undang.  

Akhir-akhir ini banyak tuduhan tidak berasas dan berniat jahat dibuat terhadap Rosmah di blog dan media sosial. 

Kenyataan media ini bagi mengingatkan orang ramai agar berwaspada daripada membuat kiriman atau kenyataan berniat jahat yang boleh mengundang kekeliruan dan salah fakta terhadap Rosmah,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Respon netizens

Dalam pada itu, portal Al-Jazeera Plus (AJ+) turut melaporkan pendedahan DOJ itu. Laporan berbentuk video itu yang disiarkan di laman facebook mereka, AJ+ mendapat lebih dari 45,000 perkongsian setakat ini.

Ia turut menyiarkan wajah Rosmah dengan dakwaan penyelewengan. Meskipun nama Rosmah tidak disebut dalam laporan berkenaan tetapi gambar Rosmah secara jelas dipaparkan dalam rakaman berita tersebut.


Selain dari gambar Rosmah, gambar anak sulung Rosmah, Reza Aziz dan Jho Low yang dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri itu turut terlihat dalam rakaman berita tersebut.


Syarikat 1MDB yang berada di bawah kementerian kewangan juga dikaitkan secara terang-terangan dalam laporan itu.



Meskipun 1MDB telah menafikan berkali-kali bahawa ianya terlibat dalam sebarang bentuk penyelewengan, namun dakwaan terbuka yang dilakukan oleh DOJ dan beberapa agensi berita antarabangsa itu perlu ditanggani oleh 1MDB jika tidak 1MDB bukan sahaja terjejas teruk dari segi reputasi dan imej malahan berupaya hilang pelabur, kata netizens.

Rosmah turut dikaitkan dengan pembelian barangan kemas yang bernilai 30 juta US dollar. "US30 million in jewelry for the first lady", kapsyen berita yang turut meletakkan wajah Rosmah disitu.

Samanlah AJ+



Respon netizens
Laporan AJ+ itu dengan mudahnya boleh diakses melalui Facebook memandangkan video itu disiarkan menggunakan platform media sosial terkenal itu. Ia juga mudah untuk dikongsikan di mana-mana platform media sosial yang lainnya seperti WhatsApp dan Twitter mahupun di blog-blog.

Dalam erti kata lain, pihak kami percaya wakil peguam Rosmah sudah tentu telah melihat dan meneliti kandungan video yang tersebar itu.

Seperti mana gesaan netizens, pihak kami juga bersetuju dengan pandangan bahawa sudah sampai masanya untuk peguam Rosmah mengambil tindakan susulan terhadap dakwaan AJ+, jika tidak ianya akan dianggap benar - dan jika rakyat Malaysia mengulangsiar atau menulis laporan yang sama sudah tentulah tidak adil jika tindakan undang-undang hanya dikenakan ke atas mereka memandangkan mereka sekadar menyalin apa yang pernah diterbitkan oleh portal berkenaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...