Selasa, 20 Jun 2017

Penang Bandar Kristian, Jangan Fitnah DAP Wahai Nasruddin Kata Abdul Malik.

Tuduhan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan kononnya Pulau Pinang akan dijadikan sebagai bandar Kristian mungkin bertujuan mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada masalah sebenar yang membelenggu rakyat dan negara ketika ini.
Justeru sempena bulan Ramadan ini, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim menasihatkan Nasrudin agar menjauhi fitnah dan tidak bersikap takfiri kerana ia bukan cerminan kepada ajaran agama Islam yang syumul.
Fitnah dan tohmahan berbentuk kebencian kaum dan agama seperti ini sengaja dibangkitkan oleh ahli politik yang korup idea.
“Tuduhan kononnya Pulau Pinang akan dijadikan sebagai sebuah bandar Kristian seperti ini akan menimbulkan sentimen kebencian agama dan ancaman kaum, hanya demi kepentingan politik mereka.
“Hakikatnya, Perlembagaan Negara telah termaktub bahawa Islam adalah sebagai agama Persekutuan. Ia terkunci kukuh dan tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung pada sidang media di sini sebentar tadi.
Turut sama, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.
Menurut Abdul Malik, syiar Islam di Pulau Pinang terus berkembang apabila perbelanjaan untuk Hal Ehwal Agama Islam telah meningkat lebih 80 peratus, mencapai jumlah RM457.05 juta sekaligus menyangkal tuduhan tersebut.
Institusi pendidikan Islam di sini bertambah saban tahun, sehingga kini berjumlah hampir 200 buah.
“Malah, pembinaan masjid dan surau turut bertambah, bahkan setiap malam ia diimarahkan dengan majlis ilmu dan kuliah agama.
“Justeru, majoriti rakyat di negeri ini menolak extremis agama dan kaum. Pulau Pinang mendokong prinsip Islam Rahmatun Lil Alamin,” jelas beliau.
Sementara itu, Guan Eng memberitahu bahawa terdapat juga tuduhan mengatakan Kerajaan Negeri menganjurkan majlis onani yang dipercayai dibuat oleh Ketua Bahagian PAS, Wilayah Persekutuan.
Saya terkejut bahawa sebuah parti politik boleh buat pembohongan seperti ini.
“Adakah mereka (PAS) bencikan sangat orang bukan Islam ataupun parti bukan Islam sehingga sanggup membuat fitnah,” responsnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...