Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Jun 2017

Bukan DAP Tetapi MCA Lah Yang Nak Tutup Bazaar Tu.. - Ini Jawapan Ahli Parlimen Kluang.

Alasan yang diberikan oleh pemimpin Umno bahawanya DAP dihalau dari mengedarkan kurma kerana pernah melukakan hati peniaga bazaar Kluang apabila bertindak mencadangkan agar lokasi perniagaan asal dipindahkan ke tempat lain adalah fitnah dakwa Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.



Dan ini adalah point-point berdasarkan kepada kenyataan Ahli Parlimen itu;

1. Pada tahun 2007, DAP tidak mempunyai sebarang kerusi Parlimen di Johor.

2. DAP mula mempunyai kerusi selepas PRU ke 12 iaitu pada tahun 2008.

3. Liew Chin Tong mula berpindah ke Kluang pada tahun 2013 kerana bertanding (dan menang) di kerusi Parlimen tersebut. Oleh kerana itu sebelum tahun 2013, DAP dan Liew Chin Tong tidak terlibat dalam sebarang urusan ataupun pernah dirujuk untuk membuat keputusan, cadangan, pindaan tentang urusan kerajaan negeri ataupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

4. Apa yang berlaku ialah, pada tahun 2007, Adun Mengkibol Gan Peng Sieu dari parti MCA (BN) telah mengetuai satu protes terhadap peniaga di bazaar tersebut malahan turut berjumpa dengan wakil daerah bagi membincangkan tentang isu Bazar Ramadhan tersebut.

5. DAP dan Liew Chin Tong sebenarnya tidak terlibat sama sekali dalam urusan protes terhadap peniaga di bazar itu.

6. Oleh itu sebarang tindakan mengaitkan DAP ke atas cadangan memindahkan bazar adalah berniat jahat dan berunsurkan fitnah.

7. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Razali Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Muar dan Exco kerajaan negeri, Jais Sardy juga diminta hentikan pembohongan dan pemalsuan fakta dalam insiden berkenaan.

8. Beliau juga pernah dihalau oleh individu yang sama pada tahun 2014, namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap individu mahupun kumpulan berkenaan. Liew Chin Tong turut mendakwa, individu yang mendakwa imam dalam video berkenaan dipercayai adalah penyokong kuat kepada Jais Sardy.

9. Justeru itu beliau memohon agar pihak berkenaan lakukan semakan fakta sebelum membuat sebarang dakwaan. DAP juga menentang sebarang bentuk amalan keganasan dan akan berterusan menyebarkan mesej-mesej kebaikan kepada masyarakat secara amnya.

Semakan fakta yang dilakukan oleh kami mendapati kenyataan Ahli Parlimen Kluang adalah benar. Rekod SPR pada tahun 2004 - 2007 mendapati tiada mana-mana Ahli Parlimen DAP memenangi kerusi pada PRU ke 11 (rujuk).

DAP mula mendapat kerusi sulungnya di Bakri pada tahun 2008, iaitu PRU ke 12 (rujuk). 

Dan Liew Chin Tong mula menjadi Ahli Parlimen Kluang pada tahun 2013 iaitu selepas PRU ke 13 (rujuk).

Kenyataan Liew Chin Tong adalah versi dialihbahasa - Ameno World.

Untuk kenyataan asal versi Bahasa English - rujukan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...