Isnin, 19 Jun 2017

Akhirnya Kerajaan Kenakan GST Untuk Makanan Asas Seperti Ikan, Bayam Dan..

Jika sebelum ini penyokong-penyokong Najib dan Barisan Nasional sangat berbangga apabila berhujah tentang GST.

"Hei, GST untuk makanan yang dah diproses je la," kata mereka di laman sosial.

"GST apa jer untuk orang-orang miskin? Banyak jenis makanan asas dan keperluan orang miskin takde GST pun, kau boleh beli banyak makanan tanpa GST, ikan, ayam, udang takde GST. Sayur takde GST. Buah takde GST," kata mereka dengan penuh bangga di ruangan komen media sosial.

Sumber - Google
Namun kali ini nampaknya mereka terpaksa ubahsuai sedikit komen-komen yang menyebelahi Najib dan UMNO apabila kerajaan memutuskan untuk memasukkan lebih 60 barangan makanan asas dalam senarai barangan kena GST.

Menurut laporan Malaysiakini yang memetik laporan akhbar tempatan China Press, barangan seperti teh, mee, kopi, rempah, buah-buahan tertentu, sayur-sayuran tertentu dan makanan laut tertentu akan dimasukkan ke dalam produk kena GST mulai 1 Julai ini.

Ikan todak, belut, ceri, ovacado, anggur, buah ara, beri, kacang panjang, kentang, bayam, jagung manis, kacang, bihun, kuey teaw, mee, laksa mee, minyak kelapa, akan dikenakan GST berkuatkuasa pada bulan hadapan.

Jadual lama tentang barang tanpa GST


Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy mengesahkan perkara tersebut, lapor The Star. "Ia hanya beberapa barangan yang jarang digunakan oleh orang ramai," katanya kepada akhbar itu.

Bagaimana teh, kopi, rempah, bayam, anggur, mee, laksa dan kuey teow ialah sesuatu yang jarang digunakan oleh orang ramai? Kami juga tidak memahami penjelasan oleh Ketua Pengarah Kastam itu. 

Turut dilaporkan bahawanya pihak kastam akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung rombakan terbaru mengenai barang kena GST pada hari ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...