Sabtu, 20 Mei 2017

Tak Percayalah Pokok RM180,000 Itu Dihadiahkan Kontraktor Kata MP Kuala Terengganu.. - Pokok Mercu Tanda Tak Jadi Mati..

Pembekal, yang juga Jurutera Landskap Bandar Baru Kuala Nerus Mohd Nair Md Amin berkata keadaan terkini pokok benang sutera itu adalah situasi biasa apabila dalam keadaan cuaca panas, dan bukannya mati seperti didakwa. 
"Kita tanam pokok ini lima bulan yang lalu. Iklim cuaca daripada negara asalnya (Brazil) juga adalah dua musim iaitu panas dan sejuk. Sekarang, kita dalam keadaan cuaca panas untuk lima atau enam bulan ini, jadi ia menyebabkan daunnya gugur. 

"(Daunnya) gugur banyak kerana kita baru tanam. Untuk ia pulih semula memang memerlukan proses pengguguran daun. Pokok ini masih hidup lagi. Kelembapan air masih cukup..cuma perlukan masa daunnya tumbuh semula. Tidak boleh dijangka bila akan keluar daun tetapi tanda-tanda pengeluaran daun itu sudah bermula dan bahagian atas masih berdaun," katanya yang ditemui pemberita di kawasan penanaman pokok itu. 


Pokok berkenaan dikatakan tidak memerlukan air terlalu banyak dan terlalu kering malah hanya perlu disiram tiga kali seminggu sahaja. Beliau turut menafikan laporan akhbar terbabit memandangkan tunas baru telah mula tumbuh dan pihaknya mempunyai pengalaman menjaga pokok itu selama setahun setengah di nurseri serta yakin ia akan hidup seperti asal apabila serasi dengan keadaan sekeliling.

Dalam perkembangan berkaitan, Raja Kamarul Bahrin yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mempertikaikan kerajaan negeri yang bercelaru dalam menjawab isu berkaitan pokok Ceiba Speciosa.

Namun setelah mendapat kritikan ramai rakyat Terengganu dan Malaysia, saya mendapati kerajaan negeri telah menafikan, ini menunjukkan pentadbiran mereka tidak terurus dan terburu-buru, orang Terengganu kata 'baham gambang',” katanya. 

Sebelum ini kerajaan negeri dilaporkan berkata pokok benang sutera itu telah pun mati namun selepas dikritik kerajaan negeri bertukar nada. 

Exco negeri Rosli Othman berkata wujudnya kekeliruan atas laporan Berita Harian sebelumnya dan memohon maaf serta berharap isu itu tidak diperbesarkan lagi.

Raja Bahrin juga menolak penjelasan bahawa pokok itu dihadiahkan oleh kontraktor. 

Kalau betul baik bagi hadiah benda yang tidak boleh mati seperti pintu gerbang mercu tanda dan sebagainya,” katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...