Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 12 Mei 2017

Rasa Bengang Kerana Ditipu & Sampah Warnai Ulang Tahun UMNO Ke 71.

Semalam di Stadium Bukit Jalil telah berlangsungnya sambutan ulangtahun UMNO yang kali ke 71. Sambutan itu pada awalnya diperkecilkan oleh penyokong-penyokong pembangkang di laman sosial. 

Menurut mereka, UMNO hanya berusia 29 tahun dan bukannya 71 tahun ini kerana UMNO lama telah pun ditamatkan pendaftarannya manakala UMNO yang ada pada masa kini ialah 'UMNO BARU' yang didaftarkan dibawah pentadbiran Mahathir semasa UMNO mengalami krisis perpecahan pada tahun 1988.

Sambutan ulangtahun UMNO juga disindir sebagai membuang duit berikutan tawaran hadiah cabutan bertuah sehingga mencecah jutaan ringgit. Menurut pengkritik-pengkritik di laman sosial, wang tersebut lebih baik disalurkan kepada fakir miskin dan pelajar yang memerlukan wang untuk menyambung pelajaran.

Sambutan ulangtahun UMNO yang ke 71 dikatakan berjaya menghimpunkan 150,000 ahli di dalam stadium. 1,000 darinya terdiri dari pelajar-pelajar Uitm yang dikatakan dipaksa hadir ke program tersebut. 

Oleh kerana penyokong-penyokong UMNO boleh membaca yang baik-baik tentang sambutan ulangtahun UMNO yang ke 71 di mana-mana portal dan blog yang pro kepada UMNO, maka kami disini akan kupaskan secara negatif ataupun sisi buruk sambutan UMNO yang ke 71 untuk pemerhatian bersama.

Bengang kerana terpaksa hadir

Di laman Twitter, terdapat beberapa luahan berbentuk sindiran serta rasa marah mahasiswa kerana dipaksa hadir ke program UMNO. Ada yang menulis bahawanya beliau pernah diberikan amaran jika hadir ke program PKR suatu ketika dahulu. Kononnya ia adalah acara politik. Tetapi melibatkan pelajar ke program UMNO tidak pula dipertikaikan.

Dalam satu temubual bersama KiniTV pula, 3 pelajar yang ditemubual jelas memberitahu bahawanya mereka terpaksa hadir ke program tersebut. Malahan ada yang disuruh mengantungkan bendera UMNO di dalam kawasan universiti. Arahan seperti ini bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi. 

Bagi yang menyokong UMNO, mereka menerima positif arahan tersebut dan beranggapan ia adalah perkara yang baik kerana mendekatkan diri mereka ke dalam perjuangan parti.

Manakala bagi yang tidak menyokong UMNO, mereka merasa terpaksa dan ralat kerana diperbodohkan dan diperguna-gunakan secara politik. Sepatutnya UMNO hanya melibatkan mana-mana mahasiswa secara sukarela tanpa arahan atau pemaksaan yang akhirnya akan mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pelajar.

Tiada cabutan bertuah 

Selain isu mahasiswa UiTM yang dikerah hadir, ada juga luahan ketidakpuasan hati di laman sosial tentang cabutan bertuah. 

Gambar Oleh Ratu Naga
Menurut Zaki Abdul Sani, tiada sebarang pengumuman pemenang cabutan hadiah dibuat sebaliknya nama-nama pemenang tertera di atas skrin tv gergasi. Tindakan itu akhirnya mengundang rasa marah dan ketidakpuasan hati yang hadir ke stadium. Ada yang bertindak memboo kerana merasa berang dipermainkan.

Zaki juga katanya merasakan cabutan bertuah itu hanya sekadar gimik sahaja ini kerana selepas majlis potong kek dilakukan oleh Pengerusi UMNO, Datuk Seri Najib Razak tak semena-mena nama pemenang diumumkan di skrin gergasi. Sedangkan sebelum ini pengacara majlis mengumumkan nama-nama pemenang lain akan dimaklumkan kemudian.

"Selepas ucapan PM, semangat ahli umno begitu berkobar-kobar, tetapi semua kehappyan(😂 ) ahli umno yang menghadiri majlis penuh bersejarah UMNO musnah apabila mereka rasa seolah-olah di tipu oleh UMNO," katanya di status tersebut. 

"Tiada apa-apa cabutan bertuah di lakukan, terus diumumkan nama pemenang utama sebuah kereta Perdana," katanya lagi.

"Kemudian MC umumkan nama pemenang yang lain akan dihubungi. Disambut dengan BOOOOOOO paling ohsem oleh ahli UMNO di Stadium Bukit Jalil. Semuanya bergegas keluar dari Bukit Jalil dengan kecewa. 

Zaki turut berkata terdengar kata-kata dari orang yang hadir yang merasakan mereka telah ditipu.

Malah ada yang melontarkan ayat "kita di tipu". Tanpa mereka sedari selepas majlis potong kek oleh PM, nama kesemua pemenang telah dipaparkan di skrin utama Bukit Jalil. Tanpa dilakukan pengumuman oleh MC majlis,". 

"Apa sudah jadi? Apakah UMNO tidak faham erti CABUTAN BERTUAH, atau cabutan bertuah itu hanya 1 gimik sahaja," soalnya di status berkenaan. 

Sampah merata-rata

Jika sebelum ini bloggers BN giat mengejek perhimpunan pembangkang yang penuh dengan kesan tinggalan sampah sarap, kali ini nampaknya mereka menjilat ludah mereka sendiri.

Ini kerana perhimpunan mereka turut bersepah dan dipenuhi dengan sampah sarap. Bezanya, penyokong pembangkang belajar dari kesilapan. Selepas dikritik teruk kerana meninggalkan sampah sarap, perhimpunan pembangkang selepas itu akan membersihkan tempat perhimpunan setiap kali habis berhimpun walau di mana sahaja mereka berhimpun, kesan dari kritikan melampau yang pernah diterima ketika berhimpun untuk BERSIH 2 suatu masa dahulu.

Berikut luahan netizens yang mengkritik penyokong BN meninggalkan sampah sarap selepas tamat berhimpun.



Gambar-gambar sampah yang bersepah memenuhi jalan di sekitar Stadium Bukit Jalil.





Kritikan pada DAP, Mahathir, pujian untuk PAS & TGHH

Dalam perhimpunan semalam, ketika berucap Najib turut menyampaikan beberapa sindiran dan kritikan terhadap bekas perdana menteri 22 tahun, iaitu Mahathir Mohammed.

Menurut Najib, Mahathir lupa bahawanya parti yang diserangnya ialah UMNO yang beliau pernah memimpin suatu ketika dahulu malahan beliau la yang menyerapkan (mengajar) kebencian terhadap parti DAP. Sekarang beliau (Mahathir) bersama-sama parti cauvinis untuk menyerang UMNO pula, kata Najib dalam ucapannya itu.

Najib turut menyentuh PAS dan menyebut nama Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dalam ucapannya. Menurut Najib, PAS dan UMNO telah mencapai persefahaman untuk bekerjasama dalam isu tertentu terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan orang melayu dan Islam. Malahan Tuan Guru Hadi Awang juga telah bersetuju untuk "bersama-sama" kita, kata Najib. Bagaimanapun konteks ucapan Najib masih penuh dengan tanda-tanya kerana tidak dapat difahamkan apa maksud kerjasama yang telah dicapai oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Dalam pada itu, ahli UMNO Bandar Tun Razak, Zaharin Abdul Yassin ada menulis di Facebooknya bahawanya Najib dan Hadi Awang ada mengadakan pertemuan selama 44 minit pada 11 Mei, pagi sebelum berlangsungnya sambutan ulang tahun UMNO yang ke 71.  Hasil perbincangan pertemuan tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...