Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Mei 2017

PKR Arah Semua Lantikan Politik Di Kelantan Letak Jawatan Serta-Merta.

Biro Politik PKR malam ini memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta. 
Gambar - Malaysiakini
Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, beliau menyebut bahawanya mesyuarat PKR memutuskan agar kesemua lantikan politik di Kelantan melepaskan jawatan masing-masing.
"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," katanya dalam laporan tersebut.
Menurut Wan Azizah lagi, kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor pula akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali pulang dari lawatan rasmi ke luar negara.
Selain itu, Wan Azizah turut menyatakan bahawanya PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan parti itu namun PKR menolak alasan-alasan yang telah diberikan oleh PAS ketika membatalkan tahaluf siyasi.

Berikut kenyataan media tersebut; 

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada malam ini telah membincangkan beberapa perkara berkait keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN. Berikut adalah keputusan-keputusan yang telah dicapai:

1. KEADILAN menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan KEADILAN, tetapi KEADILAN menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Ini walaupun KEADILAN telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti. 

2. KEADILAN akan segera mengatur langkah berikut bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

3. KEADILAN juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik KEADILAN di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

4. Kedudukan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan KEADILAN bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

16 Mei 2017

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...