Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Mei 2017

Penasihat Najib Diserang Raja Petra Pula, Kaitkan Dengan Skandal Wanita.

Nampaknya ada sesuatu yang membuatkan RPK atau Raja Petra Kamaruddin marahkan pada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara,  Tan Sri Irwan Serigar. 

Ini mungkin ada kaitan dengan pelantikan Irwan sebagai pengerusi TRX City Sdn Bhd dan Badar Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini. 

Dalam artikel yang bertajuk "Irwan dan Perjanjian Wanda", Raja Petra mendakwa bahawa ketua setiausaha perbendaharaan itu yang membocorkan maklumat kepada sebuah portal berita tentang penyingkiran Presiden 1MDB Arul Kanda sebagai pengerusi Bandar Malaysia dan ahli lembaga TRX City.



"Bagi ramai, ini adalah satu kejutan kerana Arul telah menjalankan tugasnya dengan baik dalam tempoh dua tahun lalu dalam memulihkan 1MDB dan membawa syarikat itu kembali kepada keuntungan dan berdaya maju," katanya. Raja Petra turut mendakwa Irwan mahu mengatur perjanjian lain dan Arul adalah penghalang, yang perlu dikeluarkan.

Beliau juga mempersoalkan alasan yang digunakan untuk menyingkirkan Arul dari Bandar Malaysia dan TRX City, iaitu "kemungkin berlaku konflik kepentingan".
"Apa sebenarnya 'konflik kepentingan' Arul? ‘Kemungkinan berlaku konflik kepentingan' sebenarnya adalah alasan yang lemah dan sandiwara," katanya.
Kebenarannya, dakwa Raja Petra, adalah bahawa Irwan mahu menggagalkan perjanjian dengan Iskandar Waterfront Holdings dan China Rail Engineering Corp (IWH-CREC) supaya beliau boleh menyerahkannya kepada kumpulan Dalian Wanda-Malton sebaliknya.
Raja Petra turut mendakwa Irwan adalah seseorang yang sangat 'mesra' dengan wanita. Raja Petra menulis Irwan menamatkan khidmat bos LHDN hanya kerana tidak melantik seorang wanita pilihannya ke jawatan tertentu. Malahan di dalam pejabat Irwan ada gambar artis Fazura di atas meja sedangkan kebiasaanya pegawai akan meletakkan gambar keluarga sindir Raja Petra dalam artikel itu.
Raja Petra juga memberi ingatan kepada Najib tentang menyerahkan tugas-tugas penting kepada orang tertentu.
"Dan jika Najib tidak berhati-hati Bandar Malaysia-TRX ini mungkin bertukar menjadi bencana kedua selepas 1MDB pada tahun 2014.
“Baru selepas Arul selesai membersihkan 1MDB dan membawanya semula kepada keuntungan dan daya maju, kita mula melihat satu lagi malapetaka bakal berlaku,” katanya lagi dalam artikel itu. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...