Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Mei 2017

PAS Kini Sasarkan 100 Kerusi Parlimen Untuk PRU 14.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan menyatakan bahawa PAS akan bertanding lebih dari 100 kerusi dalam satu sidang media yang diadakan pada semalam.

Nasruddin - Gambar Malaysiakini
Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga menjelaskan sasaran awal PAS sebanyak 40 kerusi sebelum ini adalah merujuk kepada kerusi yang PAS boleh menang dengan mudah ataupun berkeyakinan akan menang.
Kita mungkin akan meletakkan lebih 100 kerusi (parlimen) yang akan dipertandingkan, cuma 40 itu kita sasarkan menang dan mudah menang.
“Di samping itu, kita perlu menang lebih lagi antara 60 hingga 80 kerusi ke atas berdasarkan kerja kuat jentera parti,” katanya dalam sidang media berkenaan. 
Nasruddin juga optimis bahawanya PAS berpeluang untuk menang meskipun wujud pertandingan 3 penjuru.
Tak semestinya apabila berlaku tiga penjuru, maka itu akan memberi kemenangan besar kepada Umno dan BN, dia berbeza dengan perkembangan politik pada PRU lepas,”.
“PAS melihat peluang terhidang besar di hadapan untuk kita mencapai kemenangan banyak kerusi parlimen pada pilihanraya nanti,” katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...