Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Mei 2017

MAZA Menghina Penganut Hindu? Itu Rakaman 10 Tahun Lepas Lah!

Oleh : Ustaz Asri
Rakaman Menghina Penganut Hindu?
Media perkauman tertentu menyiarkan satu rakaman ucapan Dr MAZA sepuluh tahun lepas mengulas ketika itu dakwaan HINDRAF kononnya Kerajaan Malaysia sedang melakukan penghapusan etnik India dan penindasan kepada penganut Hindu di Malaysia. Mengulas isu itu, di sini ditegaskan;
1. Rakaman itu hendaklah difahami dalam konteks yang betul pada 10 tahun yang lepas. Ia mengulas tentang dakwaan HINDRAF semasa itu bahawa Malaysia sedang menghapuskan etnik India. Kononnya penganut Hindu ditindas di Malaysia. Mereka cuba membawa isu tersebut ke Parlimen British semasa itu.
2. Mengapakah media berkenaan dan pro-HINDRAF marah dengan video 10 tahun lepas tetapi mendiamkan diri dengan rakaman perhimpunan yang menghina orang melayu tidak berpakaian, tiada agama asal dan seumpamanya?
3. Negara ini telah hidup dengan aman. Betapa banyak pandangan dan fatwa yang harmoni Dr MAZA berhubung dengan semua agama sebelum HINDRAF kembali membangkitkan pelbagai isu perkauman dan kaitan agama.
4. Ulasan-ulasan Dr MAZA hanyalah jawapan balasan kepada HINDRAF bukan disebabkan permusuhan dengan penganut Hindu. Sejak sekian lama kita hidup di negara ini secara aman. Penganut Hindu juga menyumbang banyak kepada kebaikan Malaysia. Maka isu bukan agama Hindu tetapi pertubuhan seperti HINDRAF.
5. Isu-isu permusuhan antara agama hendaklah dihentikan. Jangan dijadikan PRU sebagai kesempatan membuat pelbagai kerenah yang menegangkan hubungan antara rakyat dalam negara ini. Tiada kebaikan untuk negara bagi tindakan seperti itu.
6. Adalah dicadangkan agar HINDRAF ataupun pihak yang tidak puas hati berdialog dengan Dr Naik secara terbuka. Rakyat Malaysia boleh menyaksikannya secara adil dan saksama. Jika ada yang enggan berdialog, maka dia tidak layak tinggal dalam negara demokrasi terbuka seperti ini.
7. Dr Naik diharapkan sudi berdialog secara profesional tanpa perlu banyak syarat. Ini kerana terdapat tuntutan segelintir rakyat dalam hal ini. Dialog membolehkan rakyat menilai segala dakwaan yang dibuat dengan adil.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...