Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 Mei 2017

Makin Takde Duit Makin Kena Infaq, Beli Harakah, Murah Rezeki Kata Nasruddin.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dalam ucapan penggulungannya hari ini menyeru agar kesemua ahli parti membeli Harakah, akhbar rasmi bagi parti Islam itu.

Nasrudin Hassan
Cadangan itu dibuat berikutan beliau menerima keluhan dari sesetengah pemimpin peringkat cawangan, yang menghadapi masalah kewangan menyebabkan mereka tidak mampu melanggan Harakah.

Nasrudin bagaimanapun berkata semakin tiada wang semakin perlu rajin menginfaq supaya dimurahkan rezeki.
"Ada cawangan kata tak ada duit, tak mampu nak beli Harakah.
"Sebenar kalau cawangan itu tak ada duit, maka cawangan itu kena beli Harakah. Kaedahnya begitu, makin tak ada duit semakin kena infak," katanya kepada perwakilan.
"Kempen 3B iaitu beli, baca dan beri. Beli ini adalah infak, dan kita telah lancarkan projek satu cawangan beli 10 naskhah Harakah.
"Ertinya satu cawangan perlu mencari 10 pembeli Harakah. Jadi ini adalah perkara yang perlu dilakukan secara serius," katanya.
Nasrudin turut memetik ayat al-Quran yang menyentuh tentang kelebihan bersedekah di jalan Allah, jelasnya sekiranya cawangan PAS tidak mempunyai dana, rezeki mereka akan dilipatkan apabila membeli Harakah.
"Kalau cawangan itu kata tak ada duit nak beli Harakah, kena beli Harakah. Insya-Allah akan dilipatgandakan rezeki cawangan itu.
"Allah yang akan melipat gandakan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki," katanya lagi. Dalam ucapan yang sama, Nasrudin turut mengumumkan beberapa langkah yang akan diambil bagi memperkasakan kembali Harakah.
Ucapan beliau turut disiarkan di KiniTV.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...