Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 29 Mei 2017

Maaf, Lim Guan Eng Akan Tetap Berbuka Puasa Walau Ada Yang Tak Suka!

KENYATAAN MEDIA

YB Dato’ Abdul Malik Kassim.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
29 Mei 2017

MELARANG ‘NON MUSLIM’ HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA, BUKANNYA AJARAN ISLAM

Umat Islam dan ‘non muslim’ dinasihatkan jangan terkeliru dengan Islam yang cuba dibawa melalui fahaman Pengerusi NGO Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Hafiz Nordin yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.  
.
Melarang ‘non muslim’ hadir bersama umat Islam dalam majlis berbuka puasa, adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenarnya.  Apatah lagi, dengan perbuatan penyokongnya yang berdemo Jumaat lepas di Masjid Simpang Enam telah memukul Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Mejar Zaidi Ahmad.  Padahal, beliau yang mengikuti demo antara 10-15 orang itu, sekadar bertanya soalan kepada Hafiz tentang beberapa tohmahan berbangkit terhadap kerajaan Negeri dan Ketua Menteri seperti diucapkan oleh Hafiz semasa berdemo pada hari itu.
.
Walaupun dipukul kerana bertanyakan soalan, Zaidi telah menunjukkan sikap Islam yang terpuji dengan  memaafkan individu yang memukulnya, sebagai menghormati semangat Ramadan.  
.
Pada demo itu, selain mentohmah Ketua Menteri dengan kata-kata kesat, Hafiz turut menggesa Ketua Menteri dilarang daripada hadir majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan. Itu adalah perbuatan taksub melampau.  Rakyat Pulau Pinang  yang mencintai kedamaian menolak sifat pelampau agama sebegitu. 

Hidup dalam negara berbilang kaum seperti di Malaysia, pengalaman menahan lapar dan dahaga sepanjang hari turut sama dirasai oleh masyarakat daripada agama lain. Ternyata terdapat non muslim tertarik dengan amalan berpuasa pada bulan Ramadan, malah ada orang bukan Islam yang mencuba berpuasa menahan lapar dan dahaga . Hidayah boleh menjadi milik sesiapa sahaja.


Seperti kelaziman setiap tahun sejak 2008, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menghadiri majlis berbuka puasa bersama umat Islam di seluruh Pulau Pinang. Malahan, beberapa bantuan terhadap perkembangan Islam sumbangan kerajaan negeri dicetuskan oleh Ketua Menteri sendiri sewaktu beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat negeri ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...