Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 Mei 2017

Isu Cabutan Bertuah - Cybertroopers UMNO Bergaduh Sesama Sendiri.

Nampak gayanya perang cabutan bertuah dan serangan ke atas Rauf belum lagi mahu ditamatkan oleh penyokong-penyokong UMNO yang kepanasan berikutan tertipu dengan prosedur cabutan bertuah di majlis ulangtahun UMNO yang ke 71. 

Baca : Rauf, Nama Ini Tiba-Tiba Menjadi Popular

Baca : Belum Undi Sudah Ada Pemenang, Cabutan Bertuah Atau Cabutan KawanKauPunya

Perang di antara makcik Mikin (Asyikin Yunos) dan Ali ZiZou menarik perhatian di kalangan netizens di laman sosial.

Status makcik Mikin yang tular


Makcik Mikin bertindak memerli Ali Zizou yang dipercayai kepanasan kerana Rauf diserang bertubi-tubi oleh cybertroopers Agent A9proumno. Agent-agent A9proumno bengang bercampur marah kerana berasa tertipu dengan konsep cabutan bertuah yang dijalankan oleh UMNO pada majlis ulangtahun UMNO yang ke 71. 

Serangan balas dari Ali Zizou


Serang menyerang di antara satu sama lain, satu kumpulan menyerang Rauf, satu kumpulan membela Rauf.



Pergaduhan ini timbul berikutan ada pihak yang menyebarkan senarai pemenang cabutan bertuah yang telah ditentukan dua hari lebih awal sebelum berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun UMNO yang ke 71.

Selain itu, ada pihak yang beranggapan tindakan Rauf di majlis sambutan ulangtahun UMNO yang ke 71 telah menjejaskan imej dan kredibliti Najib sebagai pemimpin UMNO no 1.

Menurut pengkritik di kalangan UMNO sendiri berpendapat, cabutan bertuah seharusnya dicabut nombornya ketika majlis sedang berlangsung dan bukannya ditentukan dua hari lebih awal kerana tindakan itu akan mengundang salahfaham tambahan pula ianya boleh dimanipulasikan dengan memilih pemenang dikalangan kroni.

Terdapat cakap-cakap bahawa adanya pemenang tertentu di kalangan yang rapat dengan tokoh tertentu tetapi pihak kami tidak dapat mengesahkan penyebaran spekulasi berkenaan. 

Untuk rekod, makcik Mikin adalah makcik yang pernah membuat kontroversi kerana memaki hamun DAP dan bersikap racist ketika menghadiri perhimpunan UMNO pada tahun 2012. Tindakan racistnya itu turut mendapat kritikan dari Sultan Johor. Sejak itu makcik Mikin diangkat menjadi wirawati di kalangan cybertroopers UMNO bagaimanapun mungkin ada di kalangan cybertroopers UMNO yang berubah pandangannya selepas makcik Mikin mengkritik Rauf. 😀😀😀

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...