Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Mei 2017

Ini Penjelasan Mejar Zaidi Isu Kena Tampar Dekat Masjid.

KENYATAAN MEJAR ZAIDI AHMAD ISU DI TAMPAR DI DEPAN MASJID

Semalam selepas solat Jumaat saya telah hadir meninjau satu himpunan berhubung isu fatwa di Pulau Pinang.  


Terdahulu jemputan mengajak umat Islam menghadiri himpunan tersebut ditularkan melalui aplikasi whattsapp tanpa diberitahu siapa penganjurnya. 

Sampai di sana saya lihat bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang kini aktif dalam NGO, Ustaz Hafiz Nordin (UHN) sedang menyampaikan ucapan. Peserta perhimpunan saya lihat sekitar 10 ke 15 orang, ada antaranya ahli/penyokong umno yang saya kenal, ada juga 2-3 orang yang memegang sepanduk medesak ADUN tunggal PAS, YB Salleh Man agar pindah kerusi (dalam DUN ke bahagian pembangkang bersama2 UMNO). 

Dalam ucapannya UHN menyatakan "SEKAT FATWA TUAN-TUAN, FATWA NI BUKAN MAK BAPAK HANG PUNYA, FATWA NI ORANG ISLAM PUNYA". Bagi saya ini adalah satu tuduhan yang serius terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang, sedangkan Sahibus Samahah Mufti Pulau Pinang telah berkali-kali menyatakan bahawa tiada campurtangan kerajaan negeri dalam isu fatwa dan kerajaan negeri tidak pernah menyekat mana-mana fatwa dari diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang. 

Saya lalu menghampiri beliau bermaksud meminta beliau menjelaskan lebih lanjut fatwa manakah yang disekat kerana nampaknya beliau lebih tahu dari SS Tuan Mufti sendiri. Apa yang mengejutkan sebaik saja mendengar soalan saya beliau memberi respon dengan menyatakan "INI MEJAR ZAIDI, INI ORANG KECEWA".

Beberapa orang penyokongnya telah menyerang saya dan salah seorang yang saya tidak kenal telah menampar muka saya sambil beliau dan yang lain-lain mengeluarkan kata-kata kesat seperti "MAKAN DEDAK BABI", "ANJING DAP" dan sebagainya lagi. Selepas itu saya terus berada di situ mendengar ucapannya sehingga habis. Dalam ucapannya juga UHN menggesa agar Ketua Menteri Pulau Pinang menghentikan amalannya berbuka puasa bersama-sama umat Islam kerana bagi beliau tindakan itu adalah memperolok-olokkan Islam. 

Saya tidak pernah mendengar mana-mana ulama mengeluarkan fatwa sedemikian malah SS Mufti-Mufti di seluruh negara malah seluruh dunia, tidak ada seorang pun yang pernah mengeluarkan fatwa menghalang seorang non muslim, apatah lagi seorang pemimpin untuk berbuka puasa bersama-sama rakyatnya sambil meninjau masalah-masalah yang di hadapi rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan juga kepada masjid dan surau.

Selepas beliau habis menyampaikan ucapan saya menghampiri UHN untuk bersalam dan mengulangi soalan saya yang sama iaitu "FATWA MANA YANG DISEKAT? (OLEH KERAJAAN NEGERI)", malangnya beliau enggan menjawab soalan saya. Seterusnya saya telah ditolak dengan kasar oleh penyokong-penyokong beliau dan bila saya mengulangi soalan saya mereka menjawab "PI (PERGI) TANYA MUFTI HANG (KAMU)" (Rujuk video kejadian). 

Bagi saya seorang ulama yang dihormati seperti UHN tidak sepatutnya melemparkan tuduhan liar kepada kerajaan negeri tanpa memberikan bukti yg kukuh. Paling saya kesalkan ialah di akhir ucapan beliau mengajak hadirin untuk bersama-sama menumbangkan kerajaan negeri yang ada sekarang. 

Persoalannya adakah dengan satu tuduhan yang tidak disertakan dengan bukti, malah SS Mufti Pulau Pinang sendiri telah menafikannya, hendak dijadikan alasan untuk menolak kerajaan negeri Pakatan Harapan sedangkan terbukti kerajaan negeri di bawah Pakatan jauh lebih baik berbanding kerajaan BN. Berikut antara buktinya:

1. Peruntukan untuk agama Islam (lebih RM400 juta) meningkat 84% berbanding semasa BN bagi tempoh yang sama.

2. KN telah memberikan sebidang tanah bernilai kira-kira RM80 juta untuk pembinaan sebuah kompleks Mahkamah Syariah yang lengkap.

3. Memberikan bantuan kewangan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pusat Tahfiz, Pondok-Pondok dan Tadika Islam sedangkan semasa BN memerintah tiada langsung bantuan diberikan.

4. Memberikan bantuan Ehya Ramadan kepada masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang.

www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/08/mufti-sekali-lagi-nafi-campurtangan-kerajaan-dalam-fatwa/

Hj Zaidi bin Ahmad 
(Bekas Mejar TUDM)
Pegawai Penerangan 
Pejabat Ketua Menteri 
Pulau Pinang 
Ahli DAP 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...