Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Mei 2017

Derma 5 Ringgit Pun Tunjuk Kat FB, Pemimpin AMANAH Di Ejek Netizens.

Pada sabtu lepas, Suhaizan Kayat pemimpin Amanah Johor telah berkongsikan satu gambar di facebook beliau. Ia merujuk kepada satu aksi menderma kepada seorang pengemis yang disumbangkan oleh Dr. Dzulkefli yang juga pemimpin Amanah pusat. 


Penyebaran gambar itu bagaimanapun mengundang padah apabila lebih ramai netizens yang mempertikaikan perkongsian gambar itu berbanding memuji tindakan tersebut. 


Netizens turut mempersoalkan kenapa pemimpin Amanah mempromosi pengemis yang mengemis dibawah sindiket berbanding membawa pengemis tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. 


Bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengapa kebanyakkan netizens beranggapan peminta sedekah di pasar malam adalah dibawah sindiket tertentu. 




Malahan ada yang mengejek tindakan pemimpin Amanah itu seumpama pemimpin parti tertentu yang suka menghebah-hebahkan berita apabila membuat derma kepada pihak tertentu.




Ada juga di kalangan penyokong yang mahu Suhaizan memadamkan post berkenaan kerana ia memalukan parti. Menurut mereka, pemimpin sepatutnya mencari pendekatan terbaik untuk menyelesaikan masalah OKU yang terpaksa meminta derma di pasar malam daripada menyuburkan lagi amalan mengutip derma.

Jika satu-satu pemimpin itu mahu menyelesaikan masalah seharusnya dibawa OKU pulang ke rumah dan menguruskan bantuan yang layak di pohon daru agensi kerajaan kata netizens lagi.

Tinjauan di FB milik Suhaizan juga mendapati beliau tidak memberikan apa-apa respon terhadap kritikan yang dilemparkan oleh netizens.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...