Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Mei 2017

David Teo Dilempang Di Depan Najib, Dianggap Kurang Ajar & Biadap (Video Inside).

Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri – Segmen Penggiat Seni di Seri Perdana menjadi kecoh apabila secara tiba-tiba seorang pelakon yang dikenali dengan nama Mat Over meluru keluar dari tempat duduknya dan bertindak melempang wajah penerbit, David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.


Dalam rakaman yang dikongsikan oleh portal Malaysian Gazette, David Teo pada awalnya sedang menyuarakan pendapatnya di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum Mat Over datang dari arah tempat duduk dan bertindak menampar wajah penerbit filem popular itu.

Mat Over juga memberikan peringatan kepada David Teo agar jangan bersikap kurang ajar di hadapan Perdana Menteri selepas menampar wajah penerbit itu.

Rosyam Nor yang bertindak sebagai moderator pada malam tadi bagaimanapun dengan pantas berjaya mengawal keadaan apabila berulang kali menenangkan David Teo agar bersabar memandangkan Mat Over 'ada problem'. Kedua-dua pihak bagaimanapun dibawa keluar dari dewan sebelum sesi dialog disambung semula. 

Memetik laporan portal Malaysian Gazette, sebelum ditampar David dilaporkan sedang mempertikai gaya moderator, Datuk Rosyam Noor yang dikatakan tidak adil kerana hanya memberi peluang kepada peserta di bahagian tertentu sahaja untuk bertanyakan soalan. 

Rosyam pula meminta David jangan mempertikai caranya mengendalikan segmen sembang itu dan menasihat penerbit itu agar menjaga adab di depan perdana menteri. 

"Datuk Rosyam Nor kena adil dan saksama, bahawa dia kena tengok semua, jangan bagi tengok depan sahaja, biar kita cakap terus terang," katanya dalam mengkritik cara Rosyam Nor mengendalikan majlis. 

Selepas kedua-duanya dibawa keluar dari dewan, Rosyam Nor kemudiannya meluahkan kekesalan tentang kejadian di hadapan Najib. 

"Saya sebagai moderator merasa malu la, YAB Perdana Menteri jemput kita datang ke rumah, nak dengar persoalan, kalau saya nak layan satu dewan ni mungkin menjadi masalah Datuk Seri, jadi saya sebagai pengiat seni saya mohon maaf Datuk Seri, saya mohon maaf, jadi boleh saya teruskan," kata Rosyam Nor. 

Najib bagaimanapun bersikap terbuka dan bergelak tawa malahan meminta agar kesemuanya bersikap tenang dan santai dalam majlis berkenaan.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...