Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 Mei 2017

Bukannya Tutup Sebaliknya Kami Berpindah, Penjelasan Isu Penutupan Pejabat AMANAH Besut.

Sejak semalam tular di laman sosial kononnya AMANAH Besut telah menutup pejabatnya dan digantikan dengan kedai bundle.
Berita penutupan itu turut diiringi dengan bermacam tuduhan dan spekulasi orang awam di laman sosial.
Netizens terutamanya dikalangan penyokong PAS telah melakukan ejekan dan cemuhan terhadap berita penutupan itu. Malahan ada yang membuat poster bagi meraikan berita penutupan pejabat Amanah cawangan Besut. 
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Amanah Besut, Muammar Gaddafi tampil menafikan dakwaan kononnya pejabat Amanah telah ditutup sebaliknya mereka hanya berpindah. Berikut penjelasan Amanah tentang penutupan pejabat Amanah Besut.
ISU PENUTUPAN PEJABAT AMANAH BESUT
Tular di media sosial bahawa Pejabat AMANAH Besut kini ditutup. Meloncat gembira lah para penyokong PAS dan penyokong 1MDB kononnya AMANAH mula gulung tikar di utara Terengganu.
Hakikatnya, AMANAH Besut kini berpindah pejabat ke tempat yang lebih strategik dan luas. Ini memandangkan beberapa perkara yang kurang sesuai di bangunan lama.
Pejabat baru AMANAH Besut secara rasmi akan mula beroperasi pada 1 Jun 2017.
Berbanding dengan pejabat lama yang agak sempit dan terhad di tingkat atas, bangunan baru pula melibatkan penggunaan 3 tingkat sepenuhnya. Bahagian bawah akan digunakan untuk seminar, kursus dan gerak kerja pilihanraya manakala tingkat atas untuk kegunaan hal ehwal pengurusan.
Apapun, terima kasih atas publisiti percuma dari rakan-rakan parti lain terhadap kami mudah-mudahan ia dikira sebagai amal soleh jua.
Muammar Qaddafi
Pengarah Komunikasi
Pemuda AMANAH Terengganu

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...