Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 Mei 2017

Bodohlah Saya Jika Tak Guna AP Beli Kereta Mewah Kata Zuraidah.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menegaskan semua kenderaan mewah yang dibelinya adalah atas kapasiti beliau sebagai ahli Parlimen Ampang yang diperuntukkan permit import (AP) lapor Sinar Harian



Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya. 


Ahli Parlimen itu juga mengakui gemar memilih barangan berkualiti kerana ianya lebih tahan lama kerana itu beliau lebih gemar membeli kereta import.

Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya dalam kenyataan itu. 

Respon Zuraidah adalah bagi menjawab tuduhan beberapa pihak yang mengaitkan beliau dengan kekayaan luar biasa dan memiliki pelbagai kereta mewah. 

Selain itu Zuraidah juga dikaitkan dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat pengisytiharan palsu mengenai kekayaannya. 

Zuraida turut mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa. Beliau juga menegaskan bahawanya beliau mendokong amalan intergriti yang tinggi disebabkan itu musuh beliau tiada isu untuk menyerangnya. 

Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat oleh SPRM,”.

Mereka mengguna isu itu untuk serang saya kerana mereka tahu saya mengangkat integriti tinggi. Nampaknya mereka tiada cara lain untuk lancarkan serangan ke atas saya,” katanya lagi. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...