Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 April 2017

Saya Yang Menutup Mata Adik Thaqif..

Oleh : Amanah Negeri Johor

26 APRIL 2017

1. Telah ditakdirkan lawatan saya (YB Aminolhuda Hassan - Pengerusi Amanah Negeri Johor) untuk bertemu dengan mangsa pelajar tahfiz yang dikatakan telah dipukul baru-baru ini membawa khabar sedih apabila adik Mohamad Thaqif Mohd Gaddafi telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya.

2. Suatu yang memeranjatkan apabila adik Thaqif atau dikenali sebagai Hakim pada awalnya stabil tetapi tidak lama dalam lawatan saya bersama Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Saudara Faiz Fadzil telah menjadi saksi mata di mana adik Thaqif meninggal dunia di hadapan kami.

3. Sekitar jam 1:55 petang, suasana hiba menyelubungi apabila mesin bantuan penafasan adik Thaqif menunjukkan beliau sudah pulang bertemu Penciptanya dan keadaan itu mendetak sanubari seorang bapa seperti saya.

4. Akhirnya saya akur apabila doktor yang bertugas waktu itu telah mengesahkan adik Thaqif telah meninggal dunia dan saya melembutkan tangan merapat mata allahyarham di saat beliau kembali.

5. Jenazah adik Thaqif terlalu menyayat hati dengan tubuh yang kecil serta kaku tanpa kedua belah kaki yang telah dipotong serta tubuh yang kerdil itu lesu sehingga akhir hayatnya dan dalam pengamatan saya adik Thaqif yang selama berjuang untuk mendalami Al-Quran ini seperti sedang tidur tanpa sebarang kesakitan di saat akhir hayatnya.

6. Hasrat lawatan saya adalah untuk memberi sekurang-kurangnya sedikit harapan tetapi apakan daya hajat itu tidak tercapai dan saya berasa dukacita atas pemergian adik Thaqif ini.

 

7. Saya mengharapkan siasatan ke atas pihak bertanggungjawab perlu dilakukan dengan siasatan terperinci bagi memastikan perkara yang berlaku ke atas adik Thaqif ini tidak berulang sama ada di sekolah tersebut atau di sekolah-sekolah lain.

8. Melalui maklumat yang saya terima daripada bapa mangsa Saudara Mohd Gaddafi Karim menyatakan ada berlakunya unsur penderaan ke atas anak beliau sewaktu adik Thaqif belajar di sekolah Tahfiz tersebut.

9. Saya dengan ini mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa di atas kehilangan adik Thaqif dan mengharapkan keluarga mangsa dapat bersabar dan tabah dengan takdir yang telah menimpa mereka serta iringan doa saya tadahkan kepada Allahyarham Adik Mohammad Thaqif.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...