Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 April 2017

Raja Bomoh Mohon Maaf, Dakwa Ada Dalang Yang Beri Arahan (Video Inside) - Siapa Dalang Tersebut?

Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zain pada semalam telah membuat permohonan maaf secara terbuka di atas segala tindakannya yang memalukan agama Islam dan juga Malaysia. 

Raja Bomoh mula mendapat perhatian dunia sejak kehilangan pesawat MH370. Dikuti beberapa lagi insiden termasuk kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam.


Selain dilaporkan secara meluas oleh media-media antarabangsa, aksi Raja Bomoh juga ditroll oleh netizens antarabangsa secara meluas semasa kehilangan pesawat MH370.

Pada awalnya polis telah menahan Raja Bomoh pada isnin sebelum beliau membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memalukan negara serta menjejaskan imej agama Islam di mata penganut lain.



Ketika dibacakan pertuduhan ke atasnya, Raja Bomoh mengaku bersalah setelah dituduh di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. 

Ibrahim juga diperintah oleh Mahkamah Syariah untuk berkelakuan baik selama 6 bulan dengan bon jaminan oleh dua orang penjamin. 

Dia juga diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 560). 

Permohonan maaf secara terbuka ini turut disaksi oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh; dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar. 

Ketika membuat permohonan maaf, Raja Bomoh turut membuat pengakuan yang mengemparkan. Menurut kenyataan beliau, aksi-aksi bangangnya itu telah diarahkan oleh seseorang yang mana namanya tidak boleh didedahkan! 

"Ini semua diarahkan lakonan, bukan saya yang punya kerja", katanya dalam sidang media itu.

"Orang-orang ini menyuruh saya membuatkan lima drama. Yang pertama, Airport tempoh hari tu, lepas tu pasal jerebu, hujan, buah tembikai, yang pasal jenazah.. apa ni mayat yang di Hospital Besar Kuala Lumpur (Kim Jong Nam), dan juga di Bagan Lalang.

Di arah-arah saya buat. Saya ni bertanya boleh buat ke"

"Jadi saya pun tidak tahu, tak merujuk kepada mufti, saya merujuk pada dia, dia ketua saya, bila saya buat saya kena, tidur dalam lokap, kerana mereka dapat sedap saya dapat tidur lokap".

"Bukan ada bayaran apa-apa. Saya neh orang ikhlas. Duit kereta pun saya bagi minyak", katanya lagi dalam nada sayu.

"Itu semua drama je. Drama sedapkan cerita", katanya.

Ada yang beranggapan ia adalah konspirasi Raja Bomoh untuk meraih simpati dan mengalihkan kesalahan ke atas pihak lain namun ada pula yang mempercayai dakwaan tersebut; kononnya memang wujud dalang yang berkuasa disebalik tindakan bodoh Raja Bomoh itu memandangkan Raja Bomoh langsung tidak dikenakan sebarang tindakan sejak dari tahun 2013 lagi. 

Apa yang pasti Raja Bomoh telah pun bertaubat dan semoga beliau benar-benar kembali ke pangkal jalan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...