Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 24 April 2017

Puisi Kontroversi : MAZA Minta Maaf, Tiada Niat Singgung Penganut Hindu.

Oleh : MAZA
Puisi Kontroversi: Hindraf, Modi dan Penganut Hindu di Malaysia
1. Saya berbicara dengan beberapa rakan non-muslim yang dengan sopan dan santun memberikan respon mereka terhadap puisi saya yang kontroversi itu. Kebanyakan mereka sangat positif dengan segala pandangan saya sebelum ini. Bahkan ada yang menyatakan mereka mendekati Islam disebabkan mengikuti pandangan dan pendapat saya sebelum ini. Mereka rasa puisi itu boleh menimbulkan salah faham tentang maksud saya apatahlagi apabila HINDRAF memainkan peranan mereka.
2. Saya ingin beritahu mereka bahawa seperti yang saya jelaskan puisi itu memang sasarannya ialah tindakan Kerajaan India di bawah pimpinan Modi. Ini kerana HINDRAF asyik berhujah dengan nama Kerajaan BJP tersebut.
3. Perkataan dalam puisi ialah MEMPERTUHANKAN bukan menyembah seperti yang diubah oleh sesetengah pihak. Dalam Bahasa Melayu antara makna 'mempertuhankan' ialah mengagungkan secara berlebihan. Ini seperti seseorang menyebut 'dia mempertuhankan nafsu' maksudnya dia melebihkan nafsu atas segala. Demikian hal yang berlaku di India sehingga sanggup menyiksa ataupun membunuh manusia kerana lembu.
4. Bagi saya HINDRAF adalah pertubuhan pelampau yang mencetuskan ketegangan antara penganut Hindu dan muslim dalam negara ini melalui tindakan-tindakan mereka sejak dahulu. Masyarakat wajar menjauhi tindakan provokasi mereka.
5. Buat non-muslim yang membantah Dr Zakir, anda jangan terikut dengan HINDRAF, sebaliknya carilah bukti dari ucapan beliau yang menunjukkan beliau mengajak kepada keganasan. Bukan sekadar dakwaan semata. Jika ada bukti yang jelas, saya bersedia membantah hal itu.
6. Ada beberapa pihak termasuk muslim yang memberi pandangan kepada saya bahawa mereka tidak setuju dengan beberapa pendekatan DZN. Untuk makluman, saya sendiri sejak awal juga ada memberikan pandangan berbeza tentang pendekatan beliau. Saya beritahu beliau sendiri suasana Malaysia. Beliau ada pandangan yang berbeza setakat ini. Itu hak beliau. Namun, itu bukan alasan dia dituduh terroris dan kena dihantar ke BJP di India.
7. Akhirnya, kepada non-muslim yang tidak terbabit dengan isu ini khususnya penganut agama Hindu yang tersalah faham maksud puisi saya itu, saya secara ikhlas mohon maaf kepada mereka. Saya tidak pernah maksudkan penganut Hindu secara umum yang tidak terlibat dengan isu ini.
8. Satu dialog saya dan non-muslim akan saya aturkan dalam masa yang terdekat dan sesuai.
9. Komitmen saya kepada keadilan antara manusia yang merentasi sempadan agama dan bangsa kekal kerana itu prinsip tertinggi Islam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...