Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 April 2017

Penjelasan : Di Penang Yang Naik Surcaj Bukannya Tariff Air.

Sejak semalam tular di laman sosial kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan tariff air dan pelbagai sindiran ditujukan kepada parti Pakatan Harapan terutamanya terhadap DAP. 


Jadual Tariff Air
Malahan ada poster yang dibuat bertujuan untuk mengecam tindakan kerajaan negeri menaikkan tariff air dikala rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

Tak kurang juga ada yang menyindir kerajaan negeri beri alasan dangkal bagi mewajarkan kenaikan tariff air di Penang. Kononnya nak elak pembaziran tapi sibuk naikkan tariff air, logik ke kata pengkritik.

Tetapi betulkah tariff air naik di Pulau Pinang?

Sebenarnya tidak. Apa yang berlaku di Penang ialah kerajaan negeri mengenakan surcaj jika berlakunya pembaziran.

Surcaj = kadar tambahan yang mesti dibayar oleh pengguna sebagai penalti, denda atau bayaran tambahan apabila menggunakan air lebih dari had yang ditetapkan.

Tariff = kadar yang ditetapkan bagi setiap liter penggunaan air oleh isi rumah.

Maksudnya apa?

Kerajaan negeri menaikkan surcaj yang bermaksud setiap isi rumah yang menggunakan air lebih dari 35,000 liter sebulan, perlu membayar denda dengan harga yang lebih mahal berbanding kadar telah yang ditetapkan sebelum ini.

35,000 liter persamaannya ialah 35,000 botol air mineral yang berisipadu 1 liter itu. Bayangkan, banyak ke tak banyak bagi penggunaan isi rumah? Banyak kan.


Ringkasnya apa?

Isi rumah atau pengguna biasa sama sekali tidak akan terjejas, terkesan atau ter-impak 😆😆😆 dengan kenaikan surcaj air ini. Melainkan untuk kegunaan industri. Bagaimanapun kami dimaklumkan kenaikan surcaj ini tidak melibatkan untuk kegunaan industri.

Oleh itu sebarang tuduhan atau kritikan kononnya kenaikan surcaj air akan membebankan pengguna adalah tidak tepat. Tambahan pula, membandingkan kenaikan surcaj dengan tariff juga 'tidak betul' kerana dua perkara ini tidak mempunyai maksud yang sama. Harap penjelasan ini dapat membetulkan salah faham yang tersebar. Terima kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...