Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 April 2017

Pelik Bin Ajaib : Ahli Parlimen PAS Mahfuz Omar Tak Tahu Tentang Tarikh Muktamar.. - Kena Pulau Ke?

Bekas ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengaku beliau tidak dimaklumkan mengenai Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang dijadualkan berlangsung pada penghujung April ini.
Mahfuz Omar
Beliau beranggapan muktamar pada tahun ini akan diadakan pada Jun, sedangkan tarikh dan lokasinya sudah ditetapkan sejak sebulan yang lalu.
“Bila muktamar? Lambat lagi, biasanya bulan Jun,” jawabnya kepada pemberita di Dewan Rakyat, walaupun ditegaskan muktamar diadakan pada April, lapor Free Malaysia Today.
“Saya tidak tahu dan tidak dimaklumkan,” katanya yang mengakui beliau masih menjadi ahli PAS dan turut memberi penegasan hanya akan hadir pada muktamar bulan Jun nanti.
Muktamar PAS yang akan diadakan di Kedah itu bakal menentukan hala tuju parti Islam itu yang masih samar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Muktamar kali ini juga merupakan perhimpunan kali pertama PAS selepas 2 tahun setelah menyingkirkan beberapa tokoh veteran.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...