Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 18 April 2017

Pegawai Khas Rosmah Dedah Gambar Peluk, Cium Mirip Wajah Zairil, Dyana.

Beberapa gambar mirip wajah Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Dyana Sofea, bekas calon Parlimen Teluk Intan tular di laman sosial.

Gambar-gambar itu dikesan mulai tular di laman fb pegawai khas kepada Datin Seri Rosmah Mansur iaitu Rizal Mansor.

Gambar-gambar itu memaparkan aksi dua orang yang wajahnya seakan Zairil dan Dyana sedang berpeluk, bermesra dan bercium ketika duduk di atas kerusi meja makan.

Gambar itu juga menunjukkan wanita mirip Dyana sedang meminum air dari gelas yang biasanya digunakan untuk meminum wain. Wanita itu juga berpakaian agak terdedah dan seksi di bahagian belakang.

"Edisi nampak serupa tetapi bukan saya. Perlu SD kah untuk membuktikan kisah ini", kata Rizal dalam status yang turut berkongsikan gambar-gambar kontroversi berkenaan.


Pihak kami sedang mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan dari individu-individu yang dimaksudkan berhubung penyebaran gambar-gambar tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...