Khamis, 13 April 2017

Masa Saya Dalam PAS Dulu Makan Nasi Bungkus Sekarang Makan Di Hotel Mewah, Orang Dulu Bina PAS, Orang Sekarang Runtuhkan..

Oleh : Ustaz Mohd Nakhai'e

Masa saya dalam saf kepimpinan pas dulu tak timbul langsung duit berjuta2. Pergi ceramah seluruh dunia duit minyak disediakan oleh cawangan atau kawasan yang menganjur. 

Kadang-kadang cukup kadang-kadang tidak. Kalau program pas pusat kena keluar duit sendiri. Jika ceramah di luar negara tiket disediakan pergi balik oleh pengajur. Tak ada bayaran apa pun diberi. Duit poket sendiri ala kadar. Pernah juga pergi poket kosong. 


Saya pernah di tahan di LT Chicago kerana tiket sehala dan hanya ada 100USD. Tetapi dibenar juga masuk kerana dijamin Sayed Azman dan kawan-kawannya. Saya sering balik ke rumah tangan kosong tanpa bawa apa-apa buah tangan kepada anak-anak kerana tiada wang untuk beli apa-apa.

Semasa dalam umno saya berjimat dari elaun berkerja di YADIM selama 10 tahun dan dapat kumpul Rm400 ribu yang saya guna untuk bina rumah yang ada sekarang. Itulah habuan saya menyertai politik selama 39 tahun. Banyak orang kata saya bodoh tak ambil kesempatan. Ya! Saya memang bodoh untuk ambil kesempatan mengumpul kekayaan. 

Macam mana saya nak ambil kesempatan kerana jika saya pakai RM 10 sahaja pun dari duit bukan hak saya, saya dah tak boleh tidur sehingga saya terpaksa ganti kembali duit yang saya pakai itu. Sebab itu saya tak pernah urus kewangan semasa bertugas di YADIM.

Biarlah saya jadi bodoh dari tak dapat tidur. Masa bekerja di pejabat umno saya minta wang sebanyak kepada Dato' Mohamad Rahmat SUA untuk bertugas dalam PRK Merlimau. Dia bagi saya RM 1,000. Saya rasa dah banyak sangat dah. Ada yang beritahu saya buat apa minta sikit sangat. 

Saya kata sekadar nak belanja kawan-kawan minum cukup la tu. Lagi sekali dia orang kata saya bodoh. Saleh Ya'kub Baling kata kat saya Ustaz buka pondok dah la. Sekarang dunia dah berubah. Dalam Pas pun sudah ada cerita wang berjuta. 

Dulu makan nasi bungkus sekarang tiada lagi. Dulu tidur berbantal lengan di surau sekarang hotel-hotel mewah. Itu dulu. Dulu lain sekarang lain. Perjuangan orang dahulu menghidupkan yang sekarang perjuangan sekarang dengan segala kemewahan meruntuhkan yang dibina oleh orang terdahulu. 

Kita semua akan mati dan akan dibangkit dengan niat dan amalan masing-masing. Jika tak malu kepada Allah buatlah apa sahaja yang disukai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...