Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 April 2017

Kementerian Arah Batal Semua Projek PBT Bagi Kawasan Parlimen Yang Tidak Dimenangi BN.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen di mana BN tewas.
Ini adalah mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, yang bertarikh 17 Mac, lapor Malaysiakini.
Arahan itu meliputi semua projek BP 1 yang menurut laman web KPKT, merujuk kepada projek-projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan.
Abu Bakar Johar berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat 9 Mac lalu untuk "penyelarasan peruntukan projek BP 1 2017" yang dihadiri oleh Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar bersama datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Malaysia.
Kerajaan tempatan juga diarahkan untuk menyenaraikan semua projek BP 1 yang diluluskan, untuk diserahkan kepada ahli parlimen BN semasa perjumpaan Noh dengan ahli parlimen BN, kata laporan itu lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...