Khamis, 20 April 2017

Isu Dana Berjuta Dari John Soh - Chegu Bard Buat SD, Jawab Dakwaan Rafizi & Takiyuddin.

Oleh : Chegu Bard




Saya telah membuat akuan bersumpah ekoran nama saya (che'GuBard) telah disebut dengan jelas) dalam sidang media Rafizi Ramli di hadapan Ibu Pejabat SPRM dan oleh Takiyuddin Hassan dalam kenyataan dia bertarikh 13 April. Bagi saya kedua - dua individu ini merupakan ahli politik yang gopoh dan tidak pun membaca sumber asal tulisan saya yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/04/tiba-tiba-nama-john-soh-diseru-ketika.html .




Saya tidak ada kena mengena dengan tuduhan Rafizi atau mana - mana individu dalam PKR menerima dana dari tokoh korprat bernama John Soh yang kini dalam penjara di Singapura. 

Yang saya tegaskan dalam artikel tersebut ialah keperluan untuk Rafizi dan beberapa individu yang dinamakan Petra termasuk Azizah dan Anwar menjelaskan peranan dan sumbangan John Soh berapa jumlah dan bagaimana digunakan, jika tidak ia bakal menjadi fitnah dan bakal melemahkan jentera khususnya menjelang pilihanraya umum. Jumlah RM26 juta yang disebut itu malah dinyatakan jumlah yang diberikan kepada Anwar dan Azizah jauh lebih banyak amat perlu ditangani dengan bijaksana jika tidak ia akan dipercayai umum. Jika tidak benar nyatakan jumlah sebenar dan bagaimana wang tersebut digunakan perlu dimaklumkan.

Ia tidak boleh dijawab dengan penafian, serangan label negatif kepada Petra dan mustahil orang mempercayai individu yang dinamakan termasuk Rafizi tidak mengenali John Soh kerana sememangnya dia berperanan dan pernah menjadi antara penyumbang kewangan utama dalam PKR.

Artikel itu saya tulis bila nama John Soh diseru dan dalam keadaan ramai pimpinan PKR bukan saja tidak mengakui sumbangan John Soh malah tidak mengakui mengenalinya, ini sangat tidak baik sudahlah tidak ada usaha membantu dia yang dalam tahanan di Singapura. Apa pun kritikan kita kepada John Soh kena akui apa yang dirasai sedikit kejayaan PKR hari ini ada melibatkan sumbangan John Soh.


Saya nasihatkan semua khususnya kepada Rafizi dan Takiyuddin supaya membaca penuh tulisan saya yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/04/tiba-tiba-nama-john-soh-diseru-ketika.html sebelum memberikan sebarang komen khususnya bertindak jahat mengaitkan saya.



Saya bersedia mempertahankan setiap patah perkataan dalam tulisan saya yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/04/tiba-tiba-nama-john-soh-diseru-ketika.html , jika ada yang tidak puas hati atau merasakan saya menipu boleh membuat laporan polis dan saya bersedia diambil tindakan undang - undang.



Dalam tulisan saya juga saya nyatakan dengan tegas  sumbangan John Soh tetap berbeza dengan isu Pas mendapat dana 'gelap' dari Najib kerana menerima dana dari musuh politik dengan menerima dana dari penyokong sangat - sangat berbeza.

Kita melawan Umno Bn dari aspek korup dan gagal mengurus dana dengan baik namun adakah bila kita nampak ia berlaku di keliling kita maka kita kena diamkan ? Jangan kita mengata ke Umno Bn tetapi kita sama sahaja orang dedahkan korup kita pecat tapi korup antara kita kita diamkan itu munafiq namanya.

Saya juga meminta Takiyuddin dan Rafizi menarik balik kenyataan mengaitkan saya secara salah dan jahat. Saya menyifatkan taktik kedua - dua ini memetik nama saya dengan cara salah bagi menutup saranan dan maksud tulisan saya yang sebenar. Saya rakamkan ayat coretan terakhir saya dalam artikel yang dimaksudkan "Catatan ini dicoret dalam penuh menjaga adab agar tidak tercatat perkara yang terlalu bersifat dalam 'kelambu'. Catatan ini hanya bersifat saling mengingatkan bukan menyerang sesiapa."

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...