Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 April 2017

Bersyukurlah Khalid, Nasib Baik Tak Dipukul Teruk Kata Anak Tajuddin.

Firdaus Tajuddin, salah seorang anak wakil rakyat Pasir Salak yang baru-baru ini dihukum denda RM100 bersama 7 pemuda kerana merusuh di Parlimen November lalu, berkata sasaran mereka, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, sepatutnya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan, lapor Free Malaysia Today.

Dia patut bersyukur, kalau dia hina bapa orang lain, mungkin dia teruk dipukul,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal itu.

Khalid Samad Diserang Di Parlimen
Gambar - Google
Firdaus berkata Khalid bernasib baik kerana mendakwa Khalid mungkin dibelasah teruk sekiranya ia melibatkan orang lain.
Firdaus berkata apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat tahun lalu tiada kena mengena dengannya.
“Kami tidak terlibat dengan pertelingkahan berlaku antara mereka.
“Kami marah kerana Khalid mencabar kami mengulangi perkataan ‘kok’ sebagai berniat jahat, cuba putar belit untuk mengalih isu sebenar ,” katanya lagi.
Untuk rekod, Firdaus, 35, abangnya Faizal, 43, adalah anak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...