Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 April 2017

Baucar BRIM Bapa Saya Ditahan Musa Aman Kerana Saya Lawan UMNO - Adilkah Soal Anak Muda Ini.

Jufazli Shi Ahmad, pengasas kepada Gerakan Anak Muda Sabah hari ini telah berkongsikan cerita yang cukup mengejutkan netizens di laman FB beliau. Menurut Jufazli, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah telah bertindak menyita baucar BRIM milik bapanya atas nama ugutan politik.

Jufazli Shi Ahmad
Jufazli Shi Ahmad
"Musa Aman telah menahan baucer BR1M bapa saya di Pejabat UMNO Bahagian UMNO Libaran, Sandakan Sabah. Selama dua bulan mereka bodohkan dan tipu bapa saya untuk tuntut baucer di pejabat LHDN Sandakan. Akhirnya LHDN maklumkan baucer BR1M itu dipegang oleh Musa Aman dan UMNO Libaran

Jahat dan zalimnya pemimpin ini rupanya. Hanya kerana saya lawan amalan Musa Aman merompak wang rakyat, bapa saya pula dijadikan mangsa politik mereka. Ini seolah-olah Musa Aman mahu ugut dan bodohkan keluarga saya hanya kerana "Shi Ahmad" itu bapa saya", katanya dalam status berkenaan. 

Jufazli juga berkata bapanya adalah pengundi di DUN Tanjung Papat, Sandakan. Bukan pengundi kawasan Musa Aman. Bapanya layak mendapat BR1M sejak tahun 2013 kerana tiada mempunyai sebarang pendapatan tetap.

"Walaupun bapa saya miskin, janganlah Musa Aman pijak bapa saya begini. Saya sangat hairan dan terkejut. Apa hak Musa Aman dan Pejabat UMNO Libaran untuk pegang baucer BR1M bapa saya? 

Musa Aman mahu ugut dan paksa bapa saya untuk undi UMNO? Mereka mahu ugut jika tidak undi UMNO maka bapa saya tidak dapat BR1M? Tujuan BR1M diagihkan ialah untuk undi UMNO kah? Pembodohan apakah ini Musa Aman?", katanya. 

"Kepada Musa Aman, kau pemimpin yang sangat jahat dan zalim. Kau tangkap dan pukul aku, kau ugut dan siasat adik aku dan hampir menculik anak buah aku di sekolah kerajaan, sekarang kau "sentuh" bapa aku", katanya lagi.

Sebelum ini Jufazli pernah menjadi kontroversi di media ekoran dari videonya yang mengkritik tindakan kerajaan dalam menanggani krisis Korea Utara - Malaysia dalam isu Kim Jong Nam

Jufazli mencadangkan agar serahkan sahaja mayat tersebut bagi menebus rakyat Malaysia yang ditahan dan tak usahlah Malaysia tunjuk kuat katanya dalam video yang tular. Jufazli juga mengatakan tiga individu warga Korea Utara yang disyaki suspek juga patut diserahkan agar mereka uruskan sendiri masalah berkaitan kematian Jong-Nam.

Tindakan Jufazli mendapat kritikan oleh beberapa penyokong UMNO pada awalnya namun selepas beberapa ketika, Malaysia juga disahkan menyelesaikan masalah berbangkit dengan Korea Utara melalui kaedah penyelesaian yang lebih kurang serupa. 

Reuters melaporkan Najib membuat teknik 'SWAP', iaitu tukar suka sama suka, iaitu kedua belah pihak serahkan orang masing-masing bagi menyelesaikan masalah berbangkit dan kes ditutup.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...