Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 April 2017

Akaun Bersumpah Rafizi Tak Laku, Kerana Guna Perkataan 'Sekiranya' Kata Pengkritik.

Oleh : Abdel Rahmanov

Akuan Bersumpah atau Statutory Declaration mempunyai impak yang kuat dari segi perundangan. Jika akuan berkenaan didapati palsu maka apabila disabitkan boleh dipenjarakan dan dikenakan denda oleh mahkamah. Dengan itu, mereka yang mengeluarkan Akuan Bersumpah mempunyai implikasi yang berat ke atasnya.

Namun Akuan Bersumpah oleh seorang Ahli Parlimen pada minggu lepas tidak mempunyai impak perundangan yang kuat ke atasnya. Ini kerana dakwaan itu berdasarkan cerita daripada pegawai terkanan SPRM. Dakwaan itu bukan daripada dirinya sendiri. Maka ia masih lagi dalam konteks 'hearsay'. Lebih menarik beliau tidak nyatakan langsung nama pegawai terkanan SPRM tersebut.

Selain itu, di dalam Akuan Bersumpah itu juga menggunakan perkataan "sekiranya" yang tidak kuat dari segi dakwaan. Ia lebih merujuk kepada andaian semata-mata. Penggunaan perkataan "sekiranya" mampu melindungi implikasi perundangan ke atas orang yang mengeluarkan Akuan Bersumpah.

Semasa sidang media berkenaan, beliau juga mendakwa wang 1MDB yang disalurkan kepada seorang bekas pimpinan parti itu berkemungkinan digunakan untuk aktiviti parti. Ini adalah penyalahgunaan duit rakyat. Jika diperhatikan dakwaan ini tidak dinyatakan di dalam Akuan Bersumpah. Maka ia tidak memiliki kesan sebagaimana dalam Akuan Bersumpah.

Justeru itu, Akuan Bersumpah yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen ini walaupun nampak kuat dari segi perundangan. Namun pemilihan perkataan dan helah yang digunakan oleh beliau dapat menyelamatkannya daripada dakwaan melakukan Akuan Bersumpah yang palsu. 

Inilah kecerdikan manipulasi sistem perundangan dan mengkaburi pemikiran rakyat. Pada awalnya mungkin rakyat masih kabur dan percaya. Namun lama kelamaan tahap 'kecerdikan' seseorang itu akan terlerai jua. Ketahuilah rakyat lebih cerdik dalam menilai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...