Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 April 2017

Adam Memang Bekas Ahli PAS Tetapi Dia Tinggalkan Parti Selepas Kalah - PAS.

Pas Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan Ketua Pemuda AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes memiliki kemewahan luar biasa merupakan bekas ahli parti Islam itu, lapor Sinar Harian.

Adam Rosly
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad  berkata, Adam mula menukar haluan politiknya selepas tewas dalam merebut jawatan ketua pemuda Pas kawasan Ampang.

"Dulu Adam memang ahli Pas Ampang. Tetapi dia tewas dalam pemilihan ketua pemuda dan terus keluar Pas masuk PKR," katanya.

Iskandar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa  bahawa Adam merupakan bekas ahli Pas.

Pada semalam beberapa portal media melaporkan, Rafizi dipetik sebagai berkata,  Adam terlebih dahulu menyertai Pas sebelum menyertai PKR pada 2010.

Rafizi berkata demikian sebagai menjawab kritikan segelintir pihak yang mengaitkan PKR dengan salah laku Adam.

Rafizi bagaimanapun berkata, PKR tidak boleh memandang mudah dengan kesalahan yang dilakukan Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan akan dijadikan modal politik oleh pihak musuh termasuk Umno dan Pas.
Semalam, Rafizi sekali lagi mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...