Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Mac 2017

Tak Dapat #BR1M Tiada Kaitan Dengan #SSM - Ini Penjelasan Menteri. #BR1MSSM

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini tampil memberikan penjelasan kenapa sesetengah pemohon BRIM gagal mendapatkan bantuan tersebut selepas berdaftar dengan SSM.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Menurut menteri berkenaan, selepas kerajaan menyemak dengan teliti kesemua pemohon-pemohon BRIM, sebilangan dari mereka sebenarnya bergaji besar dan tidak layak mendapat bantuan tersebut.

"Kita terpaksa tolak 600,000 lebih permohonan kerana gaji mereka melebihi RM4,000 sebulan. Yang bergaji RM12,000 pun mohon juga. 

Gaji lebih RM5,000 ada dekat 260,000 yang mohon. Gaji dari RM6,000 hingga ke 8,000 ada dalam 40,000 hingga ke 50,000 pemohon dan berbelas-belas permohonan dari yang bergaji di antara RM8,000 ke RM12,000", kata menteri berkenaan ketika bercakap di Lobi Parlimen tadi.

"Oleh kerana itu kita perlukan pengesahan kerana kita tidak mahu 700 juta ini disalurkan pada orang yang tak sepatutnya", katanya lagi.

Namun bagi 705,562 pemohon yang tidak mendapat BR1M tahun ini akan tetap mendapat bantuan itu apabila kerajaan akan mula agihkan bantuan tersebut secara berperingkat mulai minggu depan.

"Saya dah suruh LHDN masukkan wang peringkat pertama kepada 705,562 kerana mereka dapat BRIM pada tahun lepas.

Yang mana permohonan baru dia kena memenuhi syarat-syarat. Tak boleh bagi dokumen tak lengkap. Tak ada kena mengena dengan SSM sebab kita ada proses nak periksa. Jadi tak perlu ada pihak padamkan nama di SSM pun kerana kalau pendapatan bawah RM4,000 kita tetap bagi", katanya  lagi dalam sidang media berkenaan.

Baca : Tak Dapat BRIM kerana ada SSM.

Sebelum ini Facebook Najib Razak menjadi sasaran serang netizens apabila mereka meluahkan kemarahan berikutan gagal mendapat BRIM kerana mempunyai rekod pendaftaran perniagaan di SSM. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...