Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 Mac 2017

"Semakin Dekat Pilihanraya Semakin Lantang Harakah Melabel Sesiapa Yang Tidak Sokong PAS" - Luahan Bekas Pembaca Harakah.

Oleh : Lin Wewe

Saya merupakan pengikut PAS yang setia suatu masa dahulu ketika zaman akhir belasan sehingga pertengahan 20an. 

Kira-kira 15-20 tahun yang lalu. Harakah merupakan diet bacaan saya ketika itu. Jika saudara kerap membaca Harakah, tuan akan dapati ayat-ayat yang mengandungi perkataan "kafir", "murtad", "tak masuk syurga", "haram bersengkokol dengan bukan Islam-merujuk BN"(Masih belum ada lagi Pakatan Rakyat), "haram wanita menjadi ketua,pemimpin", "haram wanita bekerja". 

Lin Wewe
"Syurga" untuk pengundi PAS dan macam-macam lagi. Sama ada tulisan pengarang akhbar Harakah atau/dan kata-kata yang dipetik daripada pemimpin2 PAS. Sila rujuk akhbar-akhbar Harakah edisi lama. Saudara akan membenarkan kata-kata saya. Saya tidak tahu wajah Harakah sekarang. 

Semakin dekat dengan pilihan raya, semakin lantang akhbar ini meletakkan label kepada sesiapa sahaja yang bukan penyokong PAS. Hudud sudah menjadi "mainan" mereka untuk memancing undi sejak 20 tahun yang lalu lagi. 

Bayangkan diri saya ketika itu, remaja yang masih berdarah muda dan sangat inginkan Islam berkobar-kobar dengan "semangat Islam" yang disuntik oleh PAS dalam jiwa dan minda muda saya ketika dahulu. 

Saya cukup marah jika ada antara ahli PAS atau parti PAS yang dikritik. Saya sentiasa menjustifikasi setiap kata2 ahli PAS dan perbuatan PAS menjadi benar walaupun kadang2 bercanggah dengan logik, Quran dan Sunnah. 

Masa berlalu, ilmu bertambah, pemikiran meningkat- rupa-rupanya, semua itu RETORIK ahli politik yang sedang bermain wayang! Jangan takut saya tetap undi PR kerana BN is far worse! Cuma BN atau PR tidak maksum dan boleh dikritik bila-bila masa. 

Lapang dada dan minda saya kerana terlerai daripada ikatan ketaksuban terhadap mana-mana parti. Ketaksuban melemahkan daya berfikir seorang manusia. 

Apabila minda lapang, akal berfikir secara sihat. Ini pendekatan dan pendirian yang saya pegang sekarang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...