Khamis, 9 Mac 2017

Selepas Nafi, Cytro UMNO Keluarkan Bahagian Kedua Video Menari 'Zairil' Kali Ini Wajah Wanita Itu Jelas Kelihatan..

Semalam ketika ditanyakan mengenai kesahihan tentang satu penyebaran video menari dalam kelab dengan seorang wanita, Zairil Khir Johari menafikan lelaki yang mirip dengan wajahnya dalam video berkenaan adalah dirinya.

Baca : Bukan saya dalam video itu kata Zairil

Video Zairil Menari Dengan Dyana
Media Harian Cina
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu mengatakan setiap hari ada sahaja cerita tidak betul tentang dirinya tersebar di media sosial dan ianya tidak pernah berhenti.

Hasil semakan kami, rata-rata netizens memilih untuk meragui kenyataan tersebut dan hampir kesemuanya meletakkan komen yang menunjukkan mereka tidak mempercayai penafian yang dilakukan oleh Zairil itu. Baik di kalangan penyokong kerajaan mahupun di kalangan pembangkang.

Belum pun reda dengan penyebaran video pertama, cybertroopers UMNO dikesan menyebarkan video bahagian kedua pula di laman sosial. Kali ini jelas memaparkan wajah wanita yang menari bersama lelaki yang mirip dengan wajah Zairil.

Wajah wanita itu pula mirip dengan seorang bekas calon DAP di Parlimen Teluk Intan. Walaubagaimanapun pihak kami masih dalam usaha mendapatkan kepastian tentang hal itu.

Sebahagian Dalam Paparan Video Yang Tular

Pihak kami juga diberitahu, lebih banyak video menari akan didedahkan untuk mendesak individu-individu dalam video tersebut mengakui perbuatan mereka. Apa yang didedahkan hanyalah 'sebahagian kecil' dari keseluruhan rakaman sebenar. 

Menjelang Pilihanraya Umum yang ke 14, yang dijadualkan akan berlangsung pada tahun ini, ramai percaya lebih banyak video serangan peribadi akan didedahkan bagi melemahkan pihak lawan masing-masing.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...