Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 Mac 2017

"Samanlah" - Wakil Rakyat DAP Cabar Pegawai Khas Rosmah.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin tidak gentar sekiranya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau mana-mana pihak lain mahu memfailkan saman terhadap beliau.
Beliau berkata, ini berikutan keyakinan beliau mempunyai hak disegi undang-undang untuk membangkitkan empat persoalan melibatkan dana pembayar cukai lapor Selangor Kini.
Yeo Bee Yin
“Dia tak jawab tetapi dia berpusing seluruh dunia. Saya juga boleh pusing kalau saya mahu dengan bangkitkan 1MDB, isu derma dan lain-lain tetapi saya tak buat begitu sebab itu lari dari isu pokok. Kalau dia berani dia boleh jawab terus apa yang saya tanya.
“Kalau dia nak saman, saya tak takut, saya sedia disaman kerana kebenaran di pihak saya. Biarlah dia saman,” kata Bee Yin pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Damansara Utama di sini, semalam.
Jelasnya, sebelum ini beliau menuntut supaya Rosmah atau pihak bertanggungjawab supaya menjawab empat persoalan berkaitan isu pendidikan awal kanak-kanak ymelibatkan Permata dinaungi Rosmah.
Empat persoalan itu, mempertikaikan langkah Kerajaan Persekutuan meletakkan pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di bawah Jabatan Perdana Menteri sedangkan negara mempunyai Kementerian Pendidikan dan Kementerian Wanita yang jauh mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Permata memerlukan penaung sedangkan pusat pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di negara bertaraf dunia tidak memerlukan sesiapa sebagai penaung.
Keputusan Kerajaan Persekutuan memilih Rosmah sebagai penaung turut dibangkitkan dengan membangkitkan persoalan sama ada beliau dipilih berdasarkan faktor ‘merit or marriage” (kelayakkan atau perkahwinan).
“Soalan keempat, adakah Permata ikhlas untuk mengikut tuntutan kita supaya telus dan akauntabiliti kerana penaung Permata suka berlagak seperti mangsa bila kita sentuh pasal akaun Permata,” katanya.
Jelasnya, tindakan melantik seseorang yang tidak mempunyai tanggungjawab untuk menjawab di Parlimen adalah keputusan tidak patut berlaku.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...