Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Mac 2017

PAS Memang Pentingkan Usaha Sucikan Diri Supaya Tiada Pimpinan Politik Yang Kaki Kelab Malam - PAS Kepada Zairil.

Kenapa PAS tidak meninggalkan sahaja perjuangan politik dan menyertai jemaah tabligh, soal Zairil.

Pada 10 Mac lepas dalam satu artikel yang diterbitkan di Roketkini, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tampil mengkritik perjuangan PAS yang disifatkan beliau sebagai membingungkan.


Dalam artikel yang sama, Zairil turut mempersoalkan PAS adakah sebuah parti politik atau jemaah tabligh ini kerana PAS bercakap tentang keredhaan Allah dan pembalasan akhirat yang lebih baik dengan menolak kemenangan pilihanraya sebagai pertimbangan strategi, lalu untuk apa PAS terus kekal sebagai parti politik?

PAS juga tidak lagi menyerang Najib dalam isu 1MDB malahan kini bersama dengan UMNO dalam isu hudud walaupun diketahui hakikat tentang keikhlasan UMNO dalam hal berkenaan. (RoketKini)

Ya, kami penting sucikan diri supaya tiada pemimpin kaki disko  

Dikritik Zairil, Dr. Zuhdi Marzuki tampil membidas kenyataan itu. Dr. Zuhdi Marzuki ialah pengarah strategik dalam PAS Pusat.  

Menurut satu kenyataan media yang dipetik dari portal PAS, Dr. Zuhdi berkata, "Di dalam PAS memang sudah ada kegiatan menyucikan diri dan mengukuhkan kerohanian seperti yang dilakukan oleh Jamaah Tabligh. 

PAS memang mementingkan usaha seperti itu, supaya pimpinan politik yang dilahirkan oleh PAS tidak kaki kelab malam, berpeleseran dengan wanita bukan mahram dan lain-lain. 

Sepatutnya, sebagai seorang Islam, Zairil Khir juga wajar melakukan usaha seumpama itu", katanya dalam nada seakan menyindir Ahli Parlimen DAP itu. 

Sebelum ini Zairil Khir Johari dihimpit kontroversi berikutan penyebaran satu klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita yang sedang menari sambil berpeluk di dalam satu kelab malam yang tidak diketahui lokasinya. Wajah lelaki dalam video berkenaan seakan mirip Zairil namun ia dinafikan oleh Ahli Parlimen itu.

Kata Dr. Zuhdi lagi, pimpinan yang berakhlak tinggi dan berintegriti sebenarnya lahir dari kegiatan penyucian diri dan pengukuhan kerohanian seperti yang ada dalam PAS serta Jamaah Tabligh. Dengan menawarkan pimpinan seperti ini, PAS yakin rakyat Malaysia akan menolak pimpinan politik sekular dan chauvinist seperti yang dilahirkan oleh DAP.

Dr. Zuhdi juga berpesan kepada DAP agar tidak memandang remeh terhadap kekuatan Jemaah Tabligh di Malaysia. 
"Saya juga mengingatkan DAP jangan memandang rendah kepada Jamaah Tabligh. Jumlah mereka yang ramai di Pulau Pinang dan pengaruh mereka yang tidak sedikit, di samping kerjasama dengan PAS dan NGOs Islam yang lain, jika digembeling akan mewujudkan Tsunami Islam yang akan menumbangkan DAP di negeri tersebut", katanya seperti yang dilaporkan oleh portal PAS itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...