Rabu, 29 Mac 2017

Memalukan - Menteri Kantoi Merasmikan Sijil Guinness World Records Yang Palsu!

Bayangkan seorang menteri di Malaysia merasmikan satu acara yang kononnya sekumpulan rakyat Malaysia telah mencipta satu rekod membanggakan negara dan dunia tetapi rupa-rupanya sijil pengiktirafan yang berada di acara itu sebenarnya adalah palsu.

Bayangkan lagi apabila sudah ditegur dan dibuktikan palsu, menteri tersebut masih tidak membuang gambar-gambar sijil palsu berkenaan selepas dua hari dibuktikan kantoi memperbodohkan diri.

Dan bayangkan juga, jika Guinness World Records menyedari pihak yang terlibat dalam pemalsuan sijil pengiktirafan itu ialah salah seorang menteri di Malaysia?

Bagaimana? Tak malu ke agaknya tu?

Pada 25 Mac lepas, Ku Nan ataupun Tengku Adnan Mansor, Menteri Wilayah telah memuatnaik beberapa gambar di Twitter rasminya.

Berikut adalah gambar-gambar tersebut.



"Tahniah Malaysia! Rekod sebelum ini dipegang oleh Mexico. Saya kagum pada semua chef-chef Malaysia dan chef-chef seluruh dunia yang datang dan bertanding", kicau Tengku Adnan di Twitternya.

Melihatkan kepada kesalahan ejaan, tatabahasa dan merasa pelik kenapa acara se-gah itu tidak mendapat liputan media, maka netizens mulai tertanya-tanya tentang ketulenan sijil yang disebarkan oleh menteri berkenaan.

Salah seorangnya ialah yang menggunakan nama Amirrul @amrlrxrshd. Individu itu telah bertanyakan kepada @GWR Guiness World Records adakah sijil yang disebarkan oleh menteri itu tulen, jawab GWR itu bukan sijil sahih yang pernah dikeluarkan oleh team 'cipta-rekod' mereka. 


Nah, bayangkan seorang menteri telah diperdaya untuk merasmikan satu event dan menyampaikan sijil pengiktirafan palsu tidak cukup dengan itu siap sebarkan lagi di laman sosial pula tu.

Apa neh? Menteri tak selidik dulu ke event-event yang harus dirasmikan oleh beliau?

Bayangkan, itu baru event. Kalau perkara yang membabitkan kepentingan rakyat, bagaimana agaknya  beliau melakukan kerja? Main hentam-kromo je ke apa?
😅😅😅😅😅



Dalam acara berkenaan, selain dari mengeluarkan sijil palsu Guinness World Records, pihak yang menerima pengiktirafan juga mengakui mencipta rekod yang sama di Malaysia. Program itu dikatakan mencipta rekod kerana mengumpulkan sejumlah besar chef-chef seluruh dunia pada masa yang sama di sebuah acara yang bersejarah. 

Bagaimanapun, sijil rekod yang dikeluarkan oleh Malaysia Book Of Records telah disahkan sebagai tulen.

Dalam satu jawapan kepada media, penganjur ICHEF 2017, Finemen (M) Holdings Sdn Bhd memaklumkan bahawa sijil rekod Guinness itu hanyalah gimik semata-mata.

Ini berlaku kerana wujudnya salah faham berikutan kegagalan wakil Guinness World Records untuk hadir ke program tersebut, kata Hakim Omar, Pengarah Urusan bagi Finemen (M) Holdings.

"Wakil GWR memaklumkan, jika MBOR (Malaysia Book Of Records) telah mengesahkan acara itu adalah terbesar (kumpul chef-chef seluruh dunia) di dunia maka penganjur boleh membuat pengumuman bagi mewakili pihak GWR", katanya seperti dilaporkan oleh The Malay Mail.

Bagaimanapun, pihak kami merasa ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan oleh pihak penganjur. Ini kerana, berdasarkan pemerhatian kami setiap kali terciptanya rekod baru, wakil GWR akan berada di event bersejarah itu bagi tujuan pembuktian.

Malahan, jika benar ianya sekadar gimik, atas sebab apa seorang menteri mengatakan di twitternya kita baru sahaja mencipta rekod baru dengan merampas rekod yang pernah disandang oleh Mexico? Kenapa tak nampak macam dia sedang melakukan gimik pun? Fikir-fikirkanlah ya. 😆😆😆😆

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...