Jumaat, 17 Mac 2017

"Kamu Tu Tunggul Kayu, Tak Tahu Maksud Penaung Tu Apa" - Rizal Mansor Sound ADUN DAP.

"Hari ini dia sekali lagi membuktikan dirinya tunggul kayu. Jawatan penaung pun dia tidak pandai untuk tafsirkan. Untuk perhatian tunggul kayu, jawatan penaung tiada apa-apa kuasa eksekutif sebagaimana jawatan seorang Ketua Menteri", kata Pegawai Khas kepada Datin Seri Rosmah, Rizal Mansor dalam satu serangan balas terhadap kenyataan Yeo Bee Yin yang mahu Rosmah berhenti sebagai Penaung Permata.

Yeo Bee Yin ialah ADUN bagi kawasan Damansara Utama, mewakili parti DAP.  

Yeo Bee Yin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawanya isteri Perdana Menteri itu patut meletak jawatan sebagai Penaung Permata dan berhenti berlakon sebagai mangsa dalam isu Permata.

Walaubagaimanapun kenyataan itu ditempelak oleh Rizal Mansor dengan menyifatkan Yeo sebagai tunggul kayu kerana tidak pandai menafsir maksud penaung.

Yeo Bee Yin - ADUN Damansara Utama
Rizal juga berkata tindakan Yeo yang menyentuh isu Permata itu ada kaitan dengan pemilihan calon parti bagi PRU ke 14 akan datang.

"Hari ini anda kena berkata apa sahaja untuk mengutuk Permata bagi menyelamatkan diri anda yang telah di 'belasah' oleh kepimpinan DAP Pusat kerana pujian anda kepada Permata sebelum ini. 

Kena kerja kuatlah. Nak tunjuk kepada Tokong untuk memastikan nama kekal dalam PRU 14", katanya dalam status yang dipetik dari FB beliau.

Pegawai Rosmah itu juga mempersoalkan kenapa di saat Lim Guan Eng berdepan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah, tiada seorang pun adun DAP yang mengantikan tempat Lim Guan Eng.

"Apakah tidak ada seorang pun ADUN-ADUN DAP Pulau Pinang yang dilayak diangkat sebagai Ketua Menteri untuk menggantikan Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah ? Bukankah itu satu penghinaan kepada ADUN-ADUN DAP", katanya. 

Yeo Bee Yin sebelum ini pernah bertemu empat mata dengan wakil PERMATA bagi meninjau lebih dekat tentang operasi PERMATA dan majlis itu turut mendapat liputan besar-besaran oleh beberapa wakil media.

Dalam satu kenyataan kepada media Yeo memuji keberkesanan Permata namun menuntut agar semua dokumen berkaitan keadaan kewangan Permata didedahkan kepada umum untuk proses pengauditan yang lebih telus. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...