Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 30 Mac 2017

Kami Tak Sokong #RUU355 Kerana Tiada Butiran Terperinci Kata MP BN.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak dapat menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah kerana ia tidak dijelaskan secara terperinci.  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata rang undang-undang itu sepatutnya diterangkan secara jelas terutamanya sama ada segmen tertentu dalam masyarakat seperti wanita dan kanak-kanak akan menerima kesannya, lapor Mstar.

Gambar Oleh Google
Datuk Seri Nancy Shukri dipetik sebagai berkata, "Jika kita ada sesuatu seperti ini pada masa depan, kita mahu diberikan lebih banyak penjelasan.  

Teliti perkara itu dan pastikan ia akan membantu golongan tertentu. Sebagai orang Islam, saya akan menyokong apa yang baik untuk masyarakat Islam tetapi ia perlu diberi penjelasan yang betul", katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang perkara berkenaan.

Datuk Seri Nancy Shukri
Pada semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata kepada media bahawanya BN tidak akan membentang RUU355 di Parlimen dan terserah kepada Speaker untuk membuat keputusan tentangnya.

Tindakan itu akhirnya membuatkan PAS menerima kecaman dan kritikan di laman sosial terutamanya dari penyokong pembangkang. 

PAS dikatakan telah termasuk ke perangkap BN yang bertujuan memecahkan pakatan pembangkang. Nasruddin Tantawi bagaimanapun dalam satu kenyataan di sosial media menafikan tuduhan tersebut sebaliknya mempersoalkan pihak yang mengkritik PAS tidak mempunyai pendirian tetap.

"Jika PAS bentang, mereka kata PAS diperalatkan UMNO. Kemudiannya mereka (kerajaan) tidak jadi mengambilalih. Namun musuh PAS mencetus propaganda kononnya PAS ditipu BN", katanya dalam kenyataan itu.

Untuk rekod, pelaksanaan untuk meminda akta 355 bermula di Kelantan dan wakil bersama kerajaan pusat yang membentuk satu AJK Teknikal bagi mengkaji peruntukan undang-undang sedia ada. 

Kajian yang belum dihabiskan itu kemudiannya dibawa sebagai usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Hadi Awang ke Parlimen dengan bantuan Datuk Seri Azalina Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ia dibawakan ke parlimen ketika PAS dan DAP bertengkar hebat isu pelaksanaan hudud di Malaysia seterusnya membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...